CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Alex Tekad Pulihkan Reputasi Pahang

25-3-2015 04:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3964| Komen: 0

Description: Bagi Azamuddin, Dia Mengakui Terlalu Berhati-Hati Pada Penampilan Semula Bersama Pahang Namun Menegaskan Dia Akan Bangkit Untuk Membantu Pasukan Kelahirannya Kembali Ke Landasan Sebenar.


Selepas tiga bulan diketepikan kerana mengalami kecederaan lutut, pemain sayap, Azamuddin Akil bertekad untuk memulihkan semula reputasi Pahang.

Ketiadaan Azamuddin atau lebih dikenali sebagai Alex jelas menjejaskan corak permainan Pahang terutama di bahagian jentera serangan.

Pada Sabtu, Azamuddin berpeluang beraksi menentang MISC-MIFA selama 25 minit dan hampir menemui semula sentuhan pemusnahnya.

Bagi Azamuddin, dia mengakui terlalu berhati-hati pada penampilan semula bersama Pahang namun menegaskan dia akan bangkit untuk membantu pasukan kelahirannya kembali ke landasan sebenar.



Ketika ini, Pahang bergelut untuk mencapai kemenangan dan hanya berada di kedudukan ke 10 Liga Super.

Pada masa sama, Azamuddin turut menyuarakan keinginan untuk kembali menyarung jersi negara.

Skuad negara ketika ini dalam rangka persiapan menghadapi Oman pada perlawanan persahabatan namun Azamuddin sekadar menjadi pemerhati.


sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.038706 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top