CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Batalkan Pemberhentian Pekerja Mas - Kongres Persatuan Sekerja

25-3-2015 01:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6920| Komen: 25

Batalkan Pemberhentian Pekerja Mas - Kongres Persatuan Sekerja

Gambar hiasan


Perdana Menteri dan kerajaan diminta segera campur tangan bagi menyelamatkan syarikat Malaysia Airline System Berhad (MAS).

Semua proses pemberhentian seramai 6,000 orang pekerja MAS dibatalkan serta-merta.

Ia merupaka antara lima resolusi yang dicapai oleh kongres-kongres persatuan sekerja Malaysia berhubung isu pemberhentian kakitangan MAS.

Resolusi itu akan diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, walaupun Perdana Menteri sibuk dengan pelbagai isu lain tetapi MAS adalah di bawah tanggungjawab beliau.

"Selain itu, MAS juga satu isu penting dan satu jalan penyelesaian perlu dibuat," katanya pada sidang akhbar bersama empat persatuan sekerja yang lain.

Resolusi itu turut menuntut rundingan segera hala tuju MAS dan kakitangannya dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia, Khazanah dan persatuan-persatuan MAS yang sah mengikut Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Pertubuhan 1966, Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

MAS juga diminta mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Negara dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan segera mewujudkan keharmonian perhubungan perusahaan dengan pihak kesatuan yang mewakili pekerja-pekerja MAS berdasarkan Akta Kesatuan Sekerja 1955.

8

Bagus
9

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leenaz 25-3-2015 12:58 AM
banyak sangat setan dalam mas
dgn gelaran consultant

bukan buat kerja pun
gaji ratus2 ribu
Quote halimi78 25-3-2015 01:45 AM
leenaz replied at 25-3-2015 12:58 AM
banyak sangat setan dalam mas
dgn gelaran consultant

keje dia con sultan.... hahahahahaha

Quote miabebe 25-3-2015 03:58 AM
Batal kn aje...kesian kt deme la..
Quote scorpionkiki 25-3-2015 05:09 AM
Edited by scorpionkiki at 25-3-2015 05:10 AM

Esok ramai staf Mas pi umrah....harap Allah perkenankan DOA mereka si sana tatkala hati tenang...khysyuk dan tawadhuk ketika berdoa...
Quote Al-Patih 25-3-2015 05:52 AM
leenaz replied at 25-3-2015 12:58 AM
banyak sangat setan dalam mas
dgn gelaran consultant

betui sahib....sampai dah adoh cucu pooong....
Quote Al-Patih 25-3-2015 05:54 AM
scorpionkiki replied at 25-3-2015 05:09 AM
Esok ramai staf Mas pi umrah....harap Allah perkenankan DOA mereka si sana tatkala hati tenang...khy ...

dah keno sepit...baru teringat adoh Kaabah....
Quote Al-Patih 25-3-2015 05:55 AM
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia,

antara bangsa.....melayu...cino...india...bangla????
Quote LilyDoll 25-3-2015 07:24 AM
Alang2 nak buat mas new company..terminate sekali orang2 lama yg dah bertahun2 kat management tu..and start frm scratch ambik muka2 baru..selagi tetap ada org2 lama ni selagi tu mas akan mcm tu jugak..hmm berani buat keeee?
Quote JandaSedap 25-3-2015 07:29 AM
Apa jadi dgn perlantikan penasihat baru mas
Quote Simunggu 25-3-2015 07:29 AM
apakah semua perkara berlaku yg membawa kerugian besar MAS disebabkan oleh ketidakcekapan pekerjanya??? saya rasa tidak...tapi lebih kpd salah pengurusan/ landasan / policy maker dan decision making tak bijak...
Quote leenaz 25-3-2015 08:24 AM
JandaSedap replied at 25-3-2015 07:29 AM
Apa jadi dgn perlantikan penasihat baru mas

dia dah start keje 1 mac aritu
AJ (ahmad jauhari) skrg non-exec for mas untill 31 dec

Quote mrseller 25-3-2015 08:36 AM
Takut sgt org MAS dgn vss, mss scheme...org keje kilang relek jer vss, mss 3ke 4 tahun sekali
Quote scorpionkiki 25-3-2015 09:19 AM
Edited by scorpionkiki at 25-3-2015 09:21 AM
Al-Patih replied at 25-3-2015 05:54 AM
dah keno sepit...baru teringat adoh Kaabah....


Those people yg I tau pi sana pun mmg jemaah masjid pun dan staff Mas bnyk yg bagus pun esp yg engineering dept ...cuma nak pi umrah tu dapat cuti diberi syarikat  sekali dalam tempoh perkhidmatan.
Quote epis 25-3-2015 09:33 AM
Simunggu replied at 25-3-2015 07:29 AM
apakah semua perkara berlaku yg membawa kerugian besar MAS disebabkan oleh ketidakcekapan pekerjanya ...

kann... rasanya pekerja MAS dalam apa jua sektor pon antara yang bagus.... jadi, bukan salah mereka kalau MAS jatuh, huhuh... tapi nak buat camni, orang atas salah langkah, orang bawah terima akibat, huhuh...
Quote JandaSedap 25-3-2015 09:59 AM
leenaz replied at 25-3-2015 08:24 AM
dia dah start keje 1 mac aritu
AJ (ahmad jauhari) skrg non-exec for mas untill 31 dec

thanks sis.....

Quote damian_lee 25-3-2015 10:16 AM
maaflah ... rasa kalau MAS mmang xmampu nak buat macam mana .... ???? tak kan everytime MAS ada masaalah ... kerajaan kena turun tangan ... coz MAS bawa flag Malaysia?
sebab dah terlalu banyak "ketahian" dalam MAS ....
kalau nak selmatkan pun banyak "tahi"  yang kena buang ...
Quote giyomi 25-3-2015 04:44 PM
dah memang salah mas gak, amik pekerja cam amik sampah langsung tak pikiaq pki otak...amik staff ramai2 tak tak wat keje sekadar buang duit jew...bila tyme ssh kenalah terima hakikat akan ada retrenchment takan tak bole plak
Quote leenaz 26-3-2015 01:39 AM
Al-Patih replied at 25-3-2015 05:54 AM
dah keno sepit...baru teringat adoh Kaabah....

tiap2 tahun mas dan tabung haji ada sediakan kuota untuk staff mas ke sana buat haji
jgn silap fakta nanti jadi fitnah

Quote Al-Patih 26-3-2015 05:54 AM
leenaz replied at 26-3-2015 01:39 AM
tiap2 tahun mas dan tabung haji ada sediakan kuota untuk staff mas ke sana buat haji
jgn silap fa ...

itu memang dalam scheme benefits meke....tapi kan...kenapoh masih tak menjadi pentabiran meke.....pasai patih madah gitu...sobab keno batang idung sondiri....

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.071767 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top