CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Sstmi-Thunderbolt Tiada Tandingan

25-3-2015 12:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2459| Komen: 0

Sstmi-Thunderbolt Tiada Tandingan


Pasukan SSTMI-Thunderbolt meraikan kejayaan muncul juara Piala Milo selepas aksi final di Stadium Hoki Bukit Jalil.


SEKOLAH
Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Thunderbolt membuktikan mereka adalah satu pasukan hoki remaja yang tiada tandingan selepas menjuarai Piala Milo 2015, lima tahun berturut-turut.
       
SSTMI-Thunderbolt sekali lagi dinobatkan sebagai juara, menumpaskan lawan sama dalam tempoh lima tahun di pentas final, UniKL Young Guns menerusi penentuan pukulan penalti, 4-1.
       
Pemenang terpaksa ditentukan menerusi pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan.
       
Dalam aksi final itu, SSTMI-Thunderbolt yang dibarisi pemain berbakat besar menguasai perlawanan dengan melakukan percubaan berbahaya termasuk memperoleh beberapa pukulan sudut penalti.
       
Namun, penjaga gol UniKL, Muhammad Adi Fazri Ab Rahman memastikan golnya sentiasa kebal sehingga di penghujung saingan.
       
Bagaimanapun hayat Young Guns untuk mengakhiri dominasi SSTMI-Thunderbolt sekali lagi tersekat selepas tiga pemain mereka gagal menyempurnakan pukulan penalti, memastikan lawan mereka muncul juara.
       
Dalam aksi sebelum itu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meraih tempat ketiga selepas menumpaskan SSP-MSP-Thunderbolt, 3-1.
       
       
Pentas final paling mencabar
       
KETUA jurulatih SSTMI Thunderbolt, Wan Mohd Roslan Abdul Rahman mengakui kejayaan menjuarai Piala Milo bukan satu tugas yang mudah buat pasukannya.
       
Ini kerana menurutnya, perlawanan akhir berdepan seteru utama mereka itu merupakan aksi paling sengit dalam tempoh lima kali di pentas final.
       
“Dalam aksi final ini, kami banyak mencipta peluang tetapi tidak mampu untuk menjaringkan sebarang gol.

“Kami tidak bernasib baik termasuk kehebatan penjaga gol Young Guns yang sentiasa bertindak cemerlang,” katanya.
       
Mengulas kejayaan kali kelima berturut-turut yang diraih pasukannya, Wan Mohd Roslan yang ditemui ternyata gembira dengan pencapaian tersebut.
       
Apanya yang membanggakan menurut Wan Mohd Roslan, mereka dapat mengatasi fobia pukulan penalti.
       
“Kami pernah tewas di pentas final pada 2009 menerusi penentuan penalti tetapi pada perlawanan akhir ini, fobia itu dapat diatasi.
       
“Alhamdulillah kami masih lagi kekal sebagai juara bertahan musim ini. Saya berpuas hati dengan komitmen tinggi pemain untuk bergelar juara,” katanya.

sumber:sinar harian



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.160493 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top