CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

[Hoki] Faizal Mungkin Digugur

25-3-2015 10:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4064| Komen: 0

[Hoki] Faizal Mungkin Digugur


Aksi Faizal (kanan) ketika membantu skuad kebangsaan menentang Oman pada perlawanan peringkat Kumpulan A saingan Pusingan Kedua Hoki Liga Dunia 2015 di Stadium Hoki Sengkang, Singapura, baru-baruini.                                                                                                                                   
                    
KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) memberi gambaran awal bahawa penyerang sensasi negara, Faizal Saari tidak akan tersenarai dalam skuad kebangsaan bagi berdepan saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-24 yang bermula dari 2 sehingga 12 April depan.
       
Bagaimanapun menurut Naib Presiden Kanan MHC, Datuk Nur Azmi Ahmad, pihaknya akan menunggu kepulangan jurulatih sementara skuad kebangsaan, Tai Beng Hai bagi menentukan status sebenar pemain tersebut.
       
 “Saya rasa Faizal tidak mempunyai masa yang banyak untuk melakukan persiapan bagi berdepan kejohanan itu nanti.
       
“Namun, kita akan tunggu jurulatih bagi membincangkan sama ada Faizal diperlukan atau tidak dalam kejohanan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas berakhirnya final Piala Milo di Stadium Hoki Bukit Jalil, kelmarin.
       
Menurutnya, jika Faizal tidak terpilih sekalipun, penyerang Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu masih boleh menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.
       
 “Kita ada perancangan jelajah Eropah selepas berakhirnya Piala Sultan Azlan Shah nanti.
       
“Sekiranya Faizal masih mahu bersama skuad kebangsaan dan Pusingan Ketiga Liga Hoki Dunia, dia perlu mengikuti segala program yang diaturkan oleh jurulatih,” katanya.

Kemelut Faizal bermula selepas skuad kebangsaan menjuarai kempen Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Singapura yang berakhir 25 Januari lalu.
       
Kontroversi membabitkan Faizal itu dipercayai berpunca daripada faktor belum memperoleh bayaran bonus yang dijanjikan.
       
Bagaimanapun pada 25 Februari lalu, Faizal yang dikatakan akan kembali menjalani latihan bersama skuad kebangsaan selepas mengadakan pertemuan dengan MHC, namun tetap juga tidak muncul.
       
Faizal juga tidak tersenarai bagi menyertai skuad kebangsaan dalam kempen jelajah Australia sebagai persiapan menjelang Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah.
       
“Saya akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan kita juga tidak menghadapi sebarang masalah terhadap permintaan ayah Faizal  untuk berbincang,” kata Nur Azmi.
               

1

Bagus
8

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.030324 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top