CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Dua timbalan presiden akan diwujudkan dalam MHC

24-3-2015 06:20 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3049| Komen: 0

Description: Anggota gabungan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebulat suara bersetuju dengan penggubalan perlembagaan baharu badan induk sukan itu yang antara lain menyaksikan pewujudan dua jawatan timbalan presid ...


Anggota gabungan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebulat suara bersetuju dengan penggubalan perlembagaan baharu badan induk sukan itu yang antara lain menyaksikan pewujudan dua jawatan timbalan presiden.   
 
Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah menurut perlembagaan baharu itu, dua jawatan timbalan presiden itu masing-masing perlu diisi oleh lelaki dan wanita, seperti yang diputuskan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) MHC hari ini.

"Dalam perlembagaan baharu nanti terdapat beberapa pindaan dalam struktur organisasi yang mana 'governing council' (majlis tertinggi) digugurkan.

"Ini bermakna jawatan setiausaha agung turut digugurkan dan diganti dengan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)," titah baginda kepada pemberita selepas mempengerusikan EGM itu di sini hari ini.

Menurut perlembagaan baharu itu, MHC akan dipimpin seorang presiden selain mempunyai dua timbalan presiden, tujuh naib presiden selain seorang CEO dan bendahari.

Jawatan timbalan presiden MHC kini disandang Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

sumber:www.stadiumastro.com
   

1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.038698 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top