LadyLista - Sangat mudah. Mari manfaatkan idea menarik ini. 1.Sentiasa aplikasikan warna senada
Mahu nampak hebat, bergaya dan sentiasa dikagumi? Sentiasalah memadankan warna pakaian kamu dengan 1 nada warna yang sama.Sebagai contoh gambar diatas, warna asas yang digunakan adalaah kelabu, hitam dan putih. Jadi sentiasa 'stick' dengan warna tersebut. 2.Tiada lagi karat Jaga lah aksesori anda terutamanya yang diperbuat daripada besi dengan mencalit sedikit nail polish. Tapi pastikan yang 'clear nail polish' ya!
3.Pelbagaikan bekas contact lense Ianya sangat versatil untuk anda simpan losyen, pencuci muka mahupun sebarang gel kecantikan. Lagi pun ia sangat mudah disimpan didalam purse anda. 4. Perapi sebagai shaving krim Tukarlah shaving krim anda kepada perapi rambut. anda akan mendapati kulit anda lebih halus dan lembut. 5. Ambil berat kening anda Ramai yang tidak tahu, kening antara bahagian yang paling perlu diberi perhatian. Dengan kening yang terurus, kamu juga nampak lebih molek dan segar. 6.Rapikan belahan rambut anda Untuk dapatkan belahan rambut yang sentiasa lurus, sebelum tidur sentiasa sikat dari arah yang lain dan tidur. Ini kerana keesokkan paginya, belahan rambut yang sebelum ini akan kelihatan dan ia akan lebih kemas.
|
ADVERTISEMENT