Berita baik kepada pembajak sistem operasi Windows seluruh dunia. Microsoft tidak akan menghukum anda sekiranya anda pengguna sistem operasi mereka secara cetak rompak. Pengguna Windows 8.1 dan 7 akan dapat melakukan kemas kini secara percuma apabila Windows 10 dijangka memasuki pasaran musim panas akan datang. Apakah logik di sebalik tindakan Microsoft ini? Pertama sekali ia mengurangkan fragmentasi di kalangan pengguna. Strategi ini sama seperti strategi sistem operasi peranti pintar yang memberikan kemas kini terbaru tanpa sebarang bayaran. Dengan penggunaan satu sistem operasi secara menyeluruh ianya juga menjimatkan kerja yang perlu dilakukan oleh Microsoft untuk memperbaiki kerentanan pada sistem operasipelbagai versi. Ianya juga berharap dapat memastikan pengguna di sektor korporat untuk dapat mengemaskini kesemua komputer Windows mereka kepada versi lebih selamat tanpa perlu memikirkan kos.
|
ADVERTISEMENT