CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Sime Darby enggan dabik dada

19-3-2015 11:52 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3319| Komen: 0

Description: PEMAIN Sime Darby, Dilshod Sharofetdinov (kanan) menjaringkan satu gol ketika membantu The Giant Killermenewaskan PDRM 4-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin. MESKIPUN mencatatkan ...

PEMAIN Sime Darby, Dilshod Sharofetdinov (kanan) menjaringkan satu gol ketika membantu The Giant Killer  menewaskan PDRM 4-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin.

MESKIPUN mencatatkan kemenangan selesa 4-2 dalam pertemuan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM), jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria menegaskan, masih ba-nyak ruang dan kelemahan yang harus diperbaiki oleh pasukannya dalam misi menjulang Piala FA.


Menurut Ismail, kealpaan benteng perta-ha-nan yang melepaskan gol se-awal minit pertama menunjukkan kelemahan benteng pertahanan yang mudah memberi peluang kepada lawan untuk menjaringkan gol.

“Kami mempunyai masa rehat tiga minggu untuk membaiki ruang-ruang kesilapan, terutamanya di bahagian pertahanan. Saya nampak banyak ruang lagi yang harus diperbaiki lagi, terutamanya bahagian serangan yang banyak mensia-siakan peluang terhidang.


“Secara ke-seluruhan nampak baik, cuma pasukan lawan mengambil ke-sempatan tetapi semangat juang yang ditunjukkan oleh pemain-pemain harus dipuji untuk menghadiahkan kemenangan kepada Sime Darby.

Mengulas persiapan menentang Kelantan pada saingan suku akhir nanti, Ismail akan menilai dengan lebih mendalam dari aspek teknikal lawan.

“Saya ambil pandangan dari perlawanan ke perlawanan. Saya akan lihat laporan kerana kebanyaka-n pemain saya berada pada tahap sederhana.
“Jadi, saya perlu buat analisis. Kita tahu kehebatan penyerang lawan dan kita perlu lebih berhati-hati dalam perlawanan akan datang,” ujarnya.

Walaupun kesemua gol dijaringkan oleh pemain import The Giant Killer, namun Ismail tidak menolak kemungkinan akan menggantikan dengan pe--main import baharu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) yang akan dibuka pada 1 April depan.

Sebelum ini, Ismail secara terbuka melahirkan rasa tidak puas hati terhadap persembahan empat pemain importnya, Dilshod Sharofetdinov, Ivan Dra-gicevic, Marko Perovic dan Nemanja Vidakovic yang masih gagal beraksi pada tahap sebenar.

“Itu saya akan fikirkan. Kalau ada yang terbaik lagi, mana tahu. Saya nampak di bahagian depan masih perlu ditajamkan lagi. Mungkin saya kena cari seorang penyerang baharu,” katanya.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.366742 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top