CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Lari Bersama Kekasih,Suami Takkan Maafkan

18-3-2015 10:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14317| Komen: 130

Isteri Lari Bersama Kekasih,Suami Takkan Maafkan

      
                                                                
Budiman menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada keluarga berkenaan.                                                                     

SABAK BERNAM – "Saya memang tak boleh maafkan sikap buruknya itu!" Kata Jaafar (bukan nama sebenar) yang terlalu kecewa apabila ditinggalkan isteri yang disyaki lari bersama kekasih hati sejak lapan bulan lalu.

Lebih memeritkan hati, tindakan isterinya itu memberi implikasi buruk kepada dua anak hasil tujuh tahun pernikahan mereka dan dua anak Jaafar daripada perkahwinan sebelumnya.

"Dia tinggal bersama saya dan anak-anak di Kampung Parit Baru Sungai Air Tawar. Saya percaya dia melarikan diri ikut kekasih hatinya. Sampai sekarang saya tak tahu khabar beritanya. Saya tak dapat kesan dia sehingga kini," katanya kesal.


Jaafar memberitahu, salah seorang anaknya bakal menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Namun, semenjak isteri yang berusia 26 tahun itu menghilangkan diri, sesi persekolahan anaknya turut terganggu.

"Sejak isteri lari tinggalkan rumah... anak terpaksa lupakan hasrat untuk pergi ke sekolah," katanya yang mempunyai empat anak masing-masing berusia 12, 10, lima, tiga dan seorang anak angkat berusia 14 tahun.

Bapa malang berusia 39 tahun ini memberitahu, ketika kejadian isterinya menghilangkan diri dia tiada di rumah.

"Saya kerja di sawah masa tu... anak-anak yang lain bersekolah. Dia pergi tinggalkan mereka macam tu saja, sampaikan mereka terpaksa balik dari sekolah jam 3 petang. Bukan setakat anak tiri, dua anak kandung kami pun ditinggalkan tanpa belas kasihan," katanya kesal.

Jaafar memberitahu, dia sukar memaafkan tindakan isterinya itu lebih-lebih lagi ia melibatkan perihal kebajikan anak-anak.

"Saya dan anak-anak dah lama menderita sejak dia pergi tinggalkan kami, sampaikan segala urusan persekolahan anak-anak turut terganggu,” katanya yang terpaksa merahsiakan identitinya atas faktor tertentu.

Sementara itu, Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, dia menerima maklumat berhubung perkara itu sejak tiga hari lalu daripada orang awam.

“Saya difahamkan, dua daripada anak yang bersekolah merupakan anak tiri kepada wanita itu. Manakala, dua lagi adik mereka adalah anak kandung wanita berkenaan. Berhubung hal ini, kita akan panjangkannya kepada agensi berkaitan,” katanya.

Budiman berkata, beliau akan berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk proses bantuan yang sewajarnya dihulurkan kepada  keluarga berkenaan.

“Saya turut bawa Penyelia Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam, Fathulhanif Md Danu untuk melihat apakah bantuan dapat dihulurkan bagi memastikan dua daripada anak ini dapat bersekolah seperti biasa,” katanya.

Beliau menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada keluarga terbabit bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung.

12

Bagus
13

Marah
10

Terkejut
16

Sedih
13

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi 17-3-2015 05:38 PM
ni la lelaki .. bini lari anak tak leh sekolah .


Kalau perempuan la .. laki lari anak elok jer gi sekolah, makan semua .
Quote miabebe 17-3-2015 05:48 PM
dewi replied at 17-3-2015 05:38 PM
ni la lelaki .. bini lari anak tak leh sekolah .



Betul tu stuju sgt...
Quote Knowlee 17-3-2015 05:50 PM
Tak faham kenapa bini lari, anak tak dapat pegi sekolah.
Quote missDollie 17-3-2015 05:50 PM
kanan sekali tu hisap botol lagi ke? dah besar ragam..
Quote bemyself 17-3-2015 05:53 PM
dewi replied at 17-3-2015 05:38 PM
ni la lelaki .. bini lari anak tak leh sekolah .

Agreed!...Bedentam dentum masuk paper....hurmmmm...
Quote cowey 17-3-2015 06:02 PM
dewi replied at 17-3-2015 05:38 PM
ni la lelaki .. bini lari anak tak leh sekolah .

hahaha..

kelakar tp betul ape ko ckp..

cam ne bini tak lari~
Quote mak_wa95 17-3-2015 06:08 PM
umur 26...nak kena bela berapa anak,anak sendir,anak tiri,anak angkat..
kewangan pula xcukup...
pas2 semua tjwab serah kat isteri..

patut pun tinggal kan je jantan mcm ni
Quote BotakChinPeng 17-3-2015 06:16 PM
Kenapa bodoh tak lapor kat polis. Biar bini tak guna tu terlepas senang senang saja.

Muka cam org banjar
Quote dee4ellese 17-3-2015 06:22 PM
Kenapa anak dia takleh nak pegi sekolah??
Tak paham betul la... Nak UPSR kot tahun ni...  
Quote shernazz 17-3-2015 06:23 PM
Sian.anak.anak itu.....
Isk....
Quote jazaa 17-3-2015 06:23 PM
BotakChinPeng replied at 17-3-2015 06:16 PM
Kenapa bodoh tak lapor kat polis. Biar bini tak guna tu terlepas senang senang saja.

Muka cam org ...

Yg kau tgok tu Budiman.....Adun sabak bernam.
Quote lavabutang 17-3-2015 06:24 PM
Sapa nama jaafar sebenar ni tt...?

Wa nak bank in sumbangan.

Quote GhostWalking 17-3-2015 06:26 PM
BotakChinPeng replied at 17-3-2015 10:16 AM
Kenapa bodoh tak lapor kat polis. Biar bini tak guna tu terlepas senang senang saja.

Muka cam org ...

ko jangan bagi bini Budiman pulak mengamuk lari bang
Quote GhostWalking 17-3-2015 06:28 PM
lavabutang replied at 17-3-2015 10:24 AM
Sapa nama jaafar sebenar ni tt...?

Wa nak bank in sumbangan.

Ntah takde bagi la pulak nama sebenar.Carik si budiman tu jelah senang
Quote jazaa 17-3-2015 06:30 PM
lavabutang replied at 17-3-2015 06:24 PM
Sapa nama jaafar sebenar ni tt...?

Wa nak bank in sumbangan.

Herman Tino dari tanjung karang kata - Tgn kanan memberi sorokkan tgn kiri...

Quote newyork 17-3-2015 06:30 PM
Haha ingat pakcik tu bapak kpd anak2 tu.. Sekali org lain.
Quote lavabutang 17-3-2015 06:33 PM
jazaa replied at 17-3-2015 06:30 PM
Herman Tino dari tanjung karang kata - Tgn kanan memberi sorokkan tgn kiri...

Tarak nama sebenar kalu camner nak memberi...

Menda la nama nak cover tapi gambar tarak cover..

Mana tah logik dia..



Quote jazaa 17-3-2015 06:38 PM
lavabutang replied at 17-3-2015 06:33 PM
Tarak nama sebenar kalu camner nak memberi...

Menda la nama nak cover tapi gambar tarak cover.. ...

Knp dgn kau ni butang?....

Ckp pun dah terbalik?  Dia tak cover nama tapi cover gambar.....yg gambar tersenyum tu gambar Budiman penyampai sumbangannnn....dia dok dpan budiman tu...sbb tu kau tak nampak muka dia.







Quote mattzzx 17-3-2015 06:38 PM
Buang suami  buang saudara kerana kekasih sanggup ku turutkan....

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.061857 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top