CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Beli Satu Lagi Pesawat Peribadi Untuk PM

17-3-2015 05:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 48637| Komen: 427

Kerajaan Beli Satu Lagi Pesawat Peribadi Untuk Kegunaan PM Malaysia


Pembelian terkini sebuah jet peribadi baru bagi kegunaan Perdana Menteri menyerlahkan sikap boros kerajaan pusat tatkala rakyat diminta berjimat.  Dalam satu pendedahan Keadilandaily hari ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 1 Disember lalu membeli sebuah lagi jet peribadi yang dianugerahkan secara terus kepada sebuah syarikat.  “Pentadbiran Najib Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB,” kata Rafizi dipetik Keadilan Daily.  

Ahli Parlimen Pandan itu turut merujuk kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 yang mana memaklumkan kerajaan telah memilik lima jet peribadi termasuk Boeing Businees Jet.  Katanya, sikap boros itu bertentangan dengan situasi dihadapi rakyat kini apabila berdepan dengan kenaikan harga barangan ekoran pemotongan subsidi bahan api.  

“Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh dua minggu dari sekarang.  “Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini,” katanya lagi. -SK.

12

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
11

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zidane_ziege 16-3-2015 02:42 PM


16 MAC 2015

PENTADBIRAN DATO’ SERI NAJIB BELI “PRIVATE JET” BARU

Dalam suasana rakyat tertekan akibat kenaikan harga barang dan Barisan Nasional terus memotong subsidi dan perbelanjaan pro-rakyat yang lain, saya terkejut dengan sikap tiada kepedulian pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dengan sewenang-wenangnya membeli sebuah jet peribadi (“private jet”) baru. 

Menurut jawapan Parlimen yang diberikan Jabatan Perdana Menteri pada sidang November 2013, Kerajaan Malaysia sudah mempunyai sekurang-kurangnya 6 jet peribadi termasuklah sebuah Boeing Business Jet.

Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baru ini yang bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi baru untuk Perdana Menteri ini dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.

https://drive.google.com/file/d/ ... Tg/view?usp=sharing

Penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan.

Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia (seperti di dalam gambar yang disertakan) membuktikan bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB.

https://drive.google.com/file/d/ ... WM/view?usp=sharing

Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini.

Saya mendesak supaya pembelian jet ini dibatalkan serta merta dan Dato’ Seri Najib Tun Razak meminta maaf dengan rakyat kerana tindakan membeli jet peribadi baru ini membelakangkan kepentingan rakyat.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN
Quote JERONG_GERGASI 16-3-2015 02:51 PM
adoiii... ape la nak jadi skrg
Quote Innrukia 16-3-2015 02:52 PM
Hadiah Najib utk Rosmah... Beli dgn darah keringat rakyat
Quote tumpanglalu74 16-3-2015 02:53 PM
Lattew..
Quote miabebe 16-3-2015 02:53 PM
Kata kn INI dusta semata jibby...katakan....
Quote zidane_ziege 16-3-2015 02:55 PM

ni dh air force 7 dh ni..
Quote atira 16-3-2015 02:55 PM
Quote kejoraria 16-3-2015 02:57 PM
aku makin fedup dgn gomen skrg.....senang citer BN la!
Quote sepiITUindah 16-3-2015 02:58 PM
ni duit pusaka arwah atuk najib ditambah ngan duit simpanan akak
Quote estrelle 16-3-2015 02:58 PM
untungnya ahkak pink merasa naik private jet..rakyat marhaen mcm ai ni beli keta pon x mampu lagi..
Quote shernazz 16-3-2015 03:00 PM
Aku syak najib beli guna dana haji jasman ni...
Tu pasal pelabur sume xdpt.lg duit
Kasi jalan private jet dulu
Quote lavabutang 16-3-2015 03:02 PM
shernazz replied at 16-3-2015 03:00 PM
Aku syak najib beli guna dana haji jasman ni...
Tu pasal pelabur sume xdpt.lg duit
Kasi jalan priv ...

iq lu makin menurun la...

lu perasan tak..??


Quote alieyrina 16-3-2015 03:05 PM
Amboii...beli jet mcm beli spender...x payah pikiaq byk  
Quote GhostWalking 16-3-2015 03:06 PM
sepiITUindah replied at 16-3-2015 06:58 AM
ni duit pusaka arwah atuk najib ditambah ngan duit simpanan akak

huntongla hakak dapat hadiah private jet
Quote GhostWalking 16-3-2015 03:07 PM
Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baru ini yang bertarikh 1 Disember 2014


takdela baru jugak tapi kira baru lah.gitewwww
Quote bluehedgehog 16-3-2015 03:07 PM
anak nogori dan dzeck bersyukur
Quote far_sya 16-3-2015 03:09 PM
u/p kapten norudin....

ni kapten yg kuar tv citer pasal agama time mh370 hilang tu ke???
Quote shernazz 16-3-2015 03:11 PM
lavabutang replied at 16-3-2015 03:02 PM
iq lu makin menurun la...

lu perasan tak..??

Perasaan lu je tu
Jangan ikutkan perasaan lu yg kacau bilau tu sangat.  
Quote jejaka00 16-3-2015 03:12 PM
Tgk najib camtu..bisnes kencang tu korang mane tau

Lihat semua komen(427)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.145773 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top