Saiz rumah semakin mengecil
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Saban tahun, pembeli dan pelabur melihat saiz rumah semakin mengecil sewaktu saiz unit-unit kediaman di kondominium dan pangsapuri terus mengecut. Ironinya adalah walaupun saiz unit ini semakin kecil, harganya bagi setiap kaki persegi semakin meningkat. Alasan yang diberikan untuk pengecilan ini adalah banyak sekali, dari harga tanah yang lebih tinggi dan kos pembinaan, kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1 April. Keadaan menjadi lebih buruk oleh hakikat bahawa tidak ada garis panduan yang seragam untuk spesifikasi bagi rumah-rumah untuk keluarga berpendapatan sederhana – yang kebiasaannya dipasarkan sebagai rumah mampu milik – daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Tidak hairanlah bahawa sesetengah pemaju mengambil kesempatan daripada ketiadaan spesifikasi ini, untuk menjual apa yang dikenali sebagai tempat kediaman mampu milik ibarat "kotak kasut", di sebalik reka bentuk indah mereka. Menurut seorang pegawai unit perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), saiz minimum bagi unit kediaman di bandaraya itu adalah 800 kaki persegi "Walau bagaimanapun jika ia adalah sebuah pangsapuri servis, ia adalah antara 550 dan 650 kaki persegi – 400 persegi kaki adalah terlalu kecil,” katanya. Walaupun Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 pada tahun 2007 bagi melindungi kepentingan pembeli rumah, pemaju masih mampu mengelakkan peraturan ini, kata setiausaha agung Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah (HBA), Chang Kim Loong. "Akta itu bertujuan untuk mengawal dan melesenkan bidang pemajuan perumahan, tetapi unit ini adalah terlalu kecil untuk didiami," katanya. Pindaan ini juga mengubah definisi kediaman untuk menyertakan mana-mana bangunan yang dibina atau digunakan bagi kediaman manusia atau sebahagiannya bagi kediaman manusia seperti pejabat kecil, pejabat rumah (SoHo), pejabat kecil, pejabat maya (SoVo) atau pejabat kecil, pejabat fleksibel (SoFo), dan apa-apa jenis tempat penginapan yang mungkin ditetapkan oleh kementerian sebagai sebuah tempat tinggal. Chang dan pegawai DBKL ini mengakui yang banyak pemaju mengambil kesempatan dari hakmilik harta komersil untuk membina unit-unit pangsapuri yang diservis yang dilabelkan sebagai SoHo, SoVo atau SoFo supaya saiznya boleh dikurangkan dari 800 kaki persegi, kepada 550 kaki persegi. Lebih memburukkan keadaan, unit yang dibina sebagai unit pejabat kemudiannya dijual secara tidak jujur sebagai "studio", sama ada melalui ejen atau di pasaran sekunder. Chang memberi amaran bahawa bagi unit-unit bilik kecil yang tidak diklasifikasikan sebagai rumah, pembeli tidak akan mempunyai perlindungan yang sama seperti mereka yang membeli unit kediaman tetap. Hakikat bahawa tidak ada perjanjian penjualan dan pembelian yang standard bagi SoHo, SoFo dan SoVo boleh menjadi punca kebimbangan untuk bakal pembeli, yang mungkin tertipu tanpa perlindungan Akta Pembangunan Perumahan, kata Chang. "Ia terpulang kepada pembeli untuk membuat laporan kepada Kementerian (Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) apabila mereka menjumpai projek-projek seperti itu," katanya. HBA telah lama memperjuangkan nasib pembeli-pembeli berpendapatan rendah dan sederhana dalam hal-hal seperti ini. Adalah sukar untuk memantau keadaan kerana setiap negeri mempunyai saiz minimum yang berbeza. "Setiap negeri atau majlis perbandaran bertanggungjawab meluluskan pembinaan rumah-rumah kediaman di kawasan-kawasan di bawah bidang kuasanya," kata pegawai DBKL itu. Sumber: thntdaily |
Munnalicious replied at 17-3-2015 08:52 AM
Mmg btol pon. Aku beli rumah rege 300k tp saiz kecik yahamat dan xde ruang utk mkn.
white_musk replied at 17-3-2015 08:54 AM
hang punya perabot besar yahamat kot
rospinki replied at 17-3-2015 09:15 AM
skrg stendet rumah 20x60 dah cecah 250k++ porch depan adela 3' belakang lebih skit 1'..nak buat cema ...
leylapple replied at 17-3-2015 09:15 AM
zaman aku belajar dulu, ada sorang omputeh g universiti aku bagi talk..
sebab aku terlibat dgn u ...
mdhelmi replied at 17-3-2015 11:12 AM
errrmm in general kalo keluasan 20x60...saiz binaan utk rumah adalah 20x40 sj
maka selebihnya lag ...
ADVERTISEMENT