Bilangan Pasangan Malaysia Bernikah Di Selatan Thai Meningkat
GAMBAR HIASAN
KRABI – Bilangan pasangan rakyat Malaysia yang bernikah di Selatan Thailand tahun lepas meningkat dan antara sebab utamanya ialah keinginan berpoligami tetapi menghadapi tentangan isteri atau keluarga.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali berkata, ia membabitkan 3,831 pasangan tahun lepas berbanding 3,485 pasangan pada 2013.
Katanya, statistik menunjukkan peningkatan purata antara 20 hingga 25 pasangan sehari pada tahun lepas berbanding 15 hingga 20 pasangan sehari pada 2013.
Pada Januari dan Februari 2015 pula, sebanyak 675 pasangan telah bernikah di Selatan Thailand.
Kira-kira 80 peratus perkahwinan tersebut membabitkan pasangan sesama rakyat Malaysia dan selebihnya rakyat Malaysia dengan warga negara asing terutama lelaki dari negara sub-kontinen, kata Mohd Faizal. - BERNAMA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|