Gas bocor, 5 ahli perniagaan Malaysia maut
KUALA LUMPUR, 16 Mac: Lima ahli perniagaan Malaysia, terbunuh, manakala seorang lagi selamat apabila berlaku kebocoran gas di sistem pemanas air di bilik mereka di sebuah hotel di Nanning, China. Menurut kenyataan Persatuan Peniaga Kecil Johor Bahru, presidennya, Chin Yoke Weng merupakan antara mangsa yang maut. Anak-anak mendiang dijangka ke Nanning untuk membawa pulang mayat bapa mereka. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Khoo Beng Ching yang menyatakan Chin ke Nanning untuk mencari peluang peniagaan selepas mendapat jemputan daripada rakan-rakannya.
Namun, identiti empat mangsa dan seorang lagi yang selamat masih belum dapat dipastikan kerana mereka bukan ahli persatuan peniaga kecil. Kesemua ahli peniagaan itu ke Nanning Ahad lalu, 15 Mac. Lima daripada mereka adalah lelaki dan seorang perempuan yang sebelum ini dilaporkan berada di dalam keadaan kritikal tetapi keadaannya dikatakan sudah semakin pulih. Kelima-lima ahli perniagaan itu dilaporkan meninggal dunia dalam tidur disebabkan kebocoran gas di dalam apartmen yang mereka sewa. |
21
Bagus |
17
Marah |
20
Terkejut |
10
Sedih |
21
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT