![]() Kita sudahpun disampaikan dengan berita kedatangan model 2015 Mazda 3 CKD yang dikilangkan dalam negara yang dijangka akan mula dilancarkan pada bulan April atau Mei akan datang.
Di sini diselitkan satu brosur yang bocor di Internet yang menunjukkan spesifikasi Mazda 3 bagi model CKD yang bakal dijual di Malaysia. Menurut satu sumber dari Carlist.my yang berhubung dengan Bermaz – pengedar sah Mazda Malaysia – maklumat yang tercatit pada brosur tersebut agak tepat walaupun tidak diberikan pendedahan sepenuhnya tentang perkara tersebut. Dalam brosur tersebut, terdapat 3 spesifikasi yang ditunjukkan di mana bahagian kiri gred ‘mid’ dan bahagian tengah gred ‘high’ dikatakan spesifikasi bagi model 2015 Mazda 3 Sedan CKD manakala pada bahagian kanan gred ‘mid’ pula menunjukkan spesifikasi bagi model 2015 Mazda 3 Hatchback CKD.
Dari brosur tersebut, dapat dilihat yang varian Sedan ditawarkan dalam dua pilihan manakala varian Hatchback pula hanya satu spesifikasi bakal dijual. Harga anggaran bagi model 2015 Mazda 3 CKD ini dijangka bakal dijual bermula pada harga RM105,000 bagi varian asas dan boleh mencecah anggaran RM140,000 bagi spesifikasi penuh. ![]() Jika benar spesifikasi di atas diberikan pada model CKD, kebanyakan ciri-ciri terbaru diselitkan ke atas varian 2015 Mazda 3 Sedan CKD spesifikasi penuh termasuk: – Kamera Pandang Belakang – Smart Keyless entry (bermula dari varian asas) – 6 Beg Udara (bermula dari varian asas) – Head Up Display (HUD) – High Beam Control (HBC) – Lane Departure Warning – Smart City Brake System (SCBS) – Dynamic Stability Control (bermula dari varian asas) – Tempat duduk kulit (spesifikasi penuh sahaja) – Paddle shifters (spesifikasi penuh sahaja) Buat masa ini, kita cuma perlu tunggu sehingga Bermaz membuat pendedahan sepenuhnya ke atas model CKD terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. |
ADVERTISEMENT