Honda StepWGN adalah van kompak (seperti Mazda 5) yang telah sangat popular di pasaran Jepun dan negara-negara Asia yang lain. Ia adalah model pertama yang menggunakan 1.5-liter turbocharged direct-injection VTEC 4-silinder, satu enjin yang Honda katakan akan memberi kuasa setara dengan yang 2.4-liter beraspirasi semulajadi (NA). Walau bagaimanapun, Honda masih belum melepaskan angka kuasa untuk van baru ini, tetapi anggaran 177hp dan 18km/liter dalam kitaran ujian Jepun telah dikhabarkan.
Selain menjadi minivan pertama Honda turbocharged, Honda StepWGN didatangkan dengan satu lagi ciri bijak yang Honda gelar “Waku Gate”. Pintu belakang seperti lipatan origami boleh dibuka dalam beberapa cara yang berbeza. Menggunakan engsel di atas, ia boleh mengangkat sepenuhnya seperti minivan yang biasa. Walau bagaimanapun ia juga berpecah 70/30 di bahagian tengah dan apabila dalam kedudukan ini, bahagian yang besar itu membuka seperti sayap rama-rama, membenarkan akses mudah ke kawasan kargo dan barisan ketiga.
Honda StepWGN akan meneruskan tradisi tempat duduk tiga barisan, dan juga tempat penyimpanan “Magic Sheet” di bawah lantai. Honda StepWGN baru ini akan dijual di Jepun bermula akhir April dan tiada lagi rancangan untuk dibawa ke pasaran lain. Apakah mungkin nadi yang sama juga bakal digunakan pada Honda Civic generasi seterusnya seperti satu entri sebelum ini? Dengan output yang lebih berprestasi dan juga penjimatan minyak yang baik, sudah pasti ini satu pendekatan yang ideal. |
ADVERTISEMENT