CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Pasukan skuasy wanita bakal terima Anugerah Khas

16-3-2015 11:13 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3192| Komen: 0

Description: Barisan pemain skuasy negara gagal rangkul kejuaraan buat kali pertama selepas kalah kepada England 1-2.

Barisan pemain skuasy negara gagal rangkul kejuaraan buat kali pertama selepas kalah kepada England 1-2.                                                                                                                                   
                           
KEJAYAAN
melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia pada Disember tahun lepas membolehkan pasukan skuasy wanita negara dipilih sebagai penerima Anugerah Khas pada majlis Anugerah Sukan SAM-100Plus 2014 yang akan berlangsung pada 18 Mac ini.

Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) dalam satu kenyataan hari ini berkata tahun 2014 menjadi tahun cemerlang bagi skuad skuasy wanita negara apabila berjaya buat pertama kalinya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2014.

Skuad negara yang diketuai pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David hanya selangkah untuk menjuarai kejohanan yang diadakan secara dwi tahunan itu.

Mereka - Nicol, Low Wee Wern, Delia Arnold, Zulhijjah Azan, tewas 1-2 kepada pasukan England pada perlawanan akhir kejohanan itu.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) itu berlangsung di The Club at White Oaks, Niagara-on-the-Lake, Kanada pada 1 hingga 6 Dis, 2014 menyaksikan sebanyak 20 negara mengambil bahagian.

"Rentetan kejayaan skuad skuasy wanita negara bermula apabila mereka berjaya menewaskan Perancis 2-0 pada saingan suku akhir.

Seterusnya mereka mengejutkan juara bertahan Mesir dengan kemenangan 2-0 pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung penuh dramatik untuk menempah tempat di perlawanan akhir," kata kenyataan itu.

Untuk rekod, Malaysia telah menyertai kejohanan itu sejak tahun 1990 lagi, bagaimanapun sehingga 1996, mereka sekadar melengkapkan jadual perlawanan di peringkat kumpulan sahaja.

Namun, bermula pada tahun 2002 dan seterusnya untuk tiga edisi berturut-turut, skuad skuasy wanita telah mempamerkan peningkatan dan berjaya melangkah ke peringkat suku akhir.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan dunia itu ialah meraih pingat gangsa dalam empat edisi iaitu Edmonton, Kanada (2006); Kaherah, Mesir (2008); Palmerston Utara, New Zealand (2010) dan Nimes, Perancis (2012). 
               


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.054304 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top