Apple mengumumkan ia akan menawarkan pembaikpulihan percuma untuk Macbook Pro yang terkesan dengan masalah video dan kegagalan sistem yang kecoh di dalam media tidak lama dahulu. Pelanggan yang membeli laptop tersebut di antara 2011 dan 2013 boleh memeriksa samada laptop mereka termasuk dalam tawaran ini dengan menggunakan tool khas Apple yang boleh dicapat melalui laman webnya. Pelanggan Amerika Utara boleh memohon untuk perkhidmatan itu dari 20 Februari. Namun tidak disebut bila perkhidmatan itu diperluas ke negara- negara lain. Apple Tawar Pembaikan Percuma MacBook Pro BermasalahMasalah teknikal yang dihadapi oleh pengguna Macbook Pro 15 inci dan 17 inci yang bermasalah yang dijual antara 2011 dan 2013 termasuk visual yang bercelaru dan laptop memula semula tanpa dijangka. Masalah ini juga terkesan pada Macbook Pro 15 inci dengan skrin Retina yang dijual antara 2012 dan 2013. Jurucakap Apple telah mengesahkan sebahagian kecil Macbook Pro keluarannya mengalami masalah tersebut dan juga mengesahkan ia akan memperbaiki masalah tersebut dengan percuma. Mereka yang telah membayar untuk memperbaiki masalah tersebut di wakil jualan Apple yang sah boleh menghubungi mereka untuk urusan pemberian pampasan. Tahun lepas syarikat itu menghadapi kes saman secara besar-besaran yang difailkan oleh pelanggan dari California dan Florida yang membeli Macbook Pro antara Februari 2011 dan Mei 2012. Dokumen mahkamah menunjukkan masalah itu berpunca dari bahan pateri bebas plumbum yang menyebabkan litar pintas.
|
ADVERTISEMENT