CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Digital & IT Lihat artikel

Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Android Versi Mesra Realiti-Maya

13-3-2015 11:51 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 5232| Komen: 0



Google pada tahun lepas telah memperkenalkan beberapa variasi Android, termasuk yang dioptimasikan untuk televisyen, dan juga untuk kenderaan. Terkini, mengikut laporan terbaru daripada WSJ, Google dikatakan sedang membangunkan versi Android yang turut dioptimasikan untuk peranti realiti-maya, dan menyokong sejumlah aplikasi realiti-maya.

Google sebelum ini telah memperkenalkan Google Cardboard yang mana merupakan salah satu variasi untuk realiti-maya, membolehkan sesiapa sahaja mencubanya dengan menggunakan bahan seperti kad dan telefon pintar sedia ada.

Google seperti biasa tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan Android VR ini, dan tidak diketahui bilakah ia akan dilancarkan. Jika benar pihak Google sedang membangunkannya, maka tidak mustahil untuk kita melihat mereka mengumumkan kerjasama dengan beberapa pengeluar peranti lain dan bersaiz dengan beberapa penyedia – termasuk Oculus Rift, Sony Project Morpheus dan juga Steam VR.
                                                                                                                                                                                                     


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.134681 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top