CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

20 PEMAIN FUTSAL DIPANGGIL MENJALANI LATIHAN PUSAT

11-3-2015 05:48 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3032| Komen: 0

Description: Ketua jurulatih futsal negara, Marcelo Serpa menyenaraikan 20 orang pemain untuk menjalani latihan pusat bermula dari 17-25 Mac di Wisma FAM dan Kompleks Sukan Negara di Seksyen


Ketua jurulatih futsal negara, Marcelo Serpa menyenaraikan 20 orang pemain untuk menjalani latihan pusat bermula dari 17-25 Mac di Wisma FAM dan Kompleks Sukan Negara di Seksyen 21, Shah Alam.
Menurut kenyataan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pemain yang tersenarai perlu melaporkan diri menjalani latihan pada 17 Mac di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Skuad futsal kebangsaan dijangka akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Thailand pada bulan April dan Jepun pada bulan September serta mengambil bahagian dalam perlawanan Quadrangular Invitational di New Zealand, Julai ini.
Perlawanan persahabatan ini adalah sebahagian daripada persediaan skuad kebangsaan untuk Kejuaraan Piala Konfederasi ASEAN di Jakarta, Indonesia yang akan bermula dari 8 hingga 18 Oktober.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Timor Leste, Brunei, Indonesia, Singapura dan juara bertahan, Thailand manakala Kumpulan B pula diletakkan Australia, Vietnam, Laos, Myanmar dan Filipina.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.149533 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top