Mohd Lukman Nurhakim didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, kelmarin SETIU - Hanya kerana tidak suka diperhatikan oleh rakannya semasa sedang melakukan kerja memotong rumput di tepi jalan, seorang lelaki sanggup melanggar mangsa yang sedang menunggang motosikal dengan keretanya. Sebelum itu, Mohd Lukman Nurhakim Hamzah, 29, dari Bandar Permaisuri, di sini, turut memukul mangsa, Supratman Yahya, 41, dengan penyodok. Bagaimanapun perbuatan Mohd Lukman Nurhakim yang dikenali sebagai Kemel terbalas apabila dikenakan hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin. Hukuman itu diputuskan oleh Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat selepas Mohd Lukman Nurhakim mengaku bersalah menakutkan secara jenayah iaitu menggunakan sebatang penyodok dan melanggar motosikal mangsa dengan keretanya. Perbuatannya itu dilakukan di jalan kilang sawit, Chalok, Setiu, kira-kira jam 1.30 petang pada 1 Jun lalu. Mohd Lukman Nurhakim didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Musa Ali, manakala Mohd Lukman Nurhakim tidak diwakili peguam.
|
melia_star posted on 11-6-2013 08:40 AM
tak paham....langgar naik kete? pakai penyodok.....kejadah la berita ni......
nidzhar posted on 11-6-2013 03:45 PM
mula2 dia pukul mangsa dengan penyodok
tak puas dgn menyodok mangsa, dia langgar dengan kereta pu ...
melia_star posted on 11-6-2013 08:51 AM
ok thanks...gigeh ko meng'eksplen'....news mcm neh aku baca sambil lewa pasai tu kureng paham..... ...
ADVERTISEMENT