CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aiskrim pasu jadi viral

9-3-2015 12:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16653| Komen: 69

Aiskrim pasu jadi viral


SEKALI imbas, hiasan pasu yang berada di depan mata penulis tidak ubah seperti tanaman hijau yang menghiasi halaman rumah.

Namun, selepas mendekati pasu tersebut, rupa-rupanya ia adalah aiskrim pasu yang semakin menjadi viral di laman sosial sejak awal tahun ini.

Jelas pemilik Ice Cream Potz, Faizal Hadib, idea untuk mencuba konsep unik itu bermula semasa dia dan tunangnya, Nor Sazila Maarof melayari laman internet bagi mencari idea untuk memulakan langkah dalam bidang keusahawanan.

“Idea tersebut diperoleh sekitar pertengahan tahun lalu selepas kami tercari-cari cabang perniagaan yang berlainan daripada sedia ada. Ketika itu, trend aiskrim dalam pasu tidaklah popular seperti sekarang.

“Pada peringkat permulaan, saya hanya bergerak aktif menjual aiskrim tersebut secara dalam talian melalui Facebook dan Instagram selain mengikuti ekspo-ekspo yang dianjurkan sekitar Lembah Klang. Ketika percubaan awal, saya tidak pernah menyangka yang perniagaan ini akan mendapat sambutan luar biasa daripada penggemar aiskrim dan snek di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya sambil memberitahu trend sebegini sudah popular di luar negara seperti Jepun.

Ujar Faizal, Ice Cream Potz menawarkan tiga perisa utama yang menjadi kegemaran pelanggan iaitu vanila karamel, coklat ripple dan butterscotch.

“Uniknya, ketiga-tiga perisa tersebut bukanlah perisa aiskrim daripada jenama terkenal yang terdapat di pasaran, sebaliknya ia dihasilkan sendiri oleh sebuah syarikat pembekal bumiputera.

“Malah, pelanggan boleh membeli aiskrim dalam pasu itu bermula pada harga RM3 hingga RM8 mengikut saiz iaitu kecil, sederhana dan besar,” ujarnya.

Sebelum ini, katanya, Ice Cream Potz menawarkan tujuh perisa kepada pelanggan seperti kopi, mangga dan strawberi sebelum membuat keputusan untuk menggunakan tiga perisa itu sahaja.

Menurut anak jati Shah Alam, Selangor itu, bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan snek tersebut juga ringkas iaitu aiskrim, serbuk biskut, daun pasli dan pasu.

“Mengenai cara-caranya pula adalah sama seperti kaedah menanam pokok hiasan di halaman rumah. Pasu itu akan dilapik menggunakan cawan kertas sebelum diletakkan aiskrim ke dalamnya.

“Kemudian, aiskrim tersebut akan dihias menggunakan serbuk biskut yang telah dihancurkan. Selain serbuk biskut, saya turut menggunakan kacang tanah yang dikisar untuk menghiasi aiskrim tersebut sehingga diakhiri dengan daun pasli dan bendera Malaysia untuk tampak lebih menarik,” ungkapnya.

Menurutnya, Ice Cream Potz menggunakan tagline I Scream You Scream, Let’s Everyone Scream for Ice Cream.

Mengenai perancangan masa depan, dia dan tunangnya mahu mengekalkan keunikan serta cita rasa yang ditawarkan kepada pelanggan serta mengemas kini lokasi ekspo yang disertai melalui laman sosial Facebook dan Instagram.

“Perancangan untuk membuka sebuah kedai menjual pelbagai jenis pencuci mulut itu tetap ada tetapi bukan dalam waktu terdekat ini,” katanya yang turut menyediakan khidmat penghantaran kepada pelanggan dengan minimum tempahan sebanyak 30 pasu.

Ketika ditanya adakah dia tetap mahu meneruskan perniagaan sama sekiranya ia sudah tidak lagi menjadi viral, Faizal memberitahu, pihaknya akan tetap meneruskan perniagaan tersebut tetapi mestilah mempunyai kelainan dan penambahbaikan.

16

Bagus
12

Marah
24

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 8-3-2015 12:39 PM
Ooo..dia ke yg perkenalkan aiskrim pasu ni.
Aku xtau pon..
Ipar biras aku sume dok ketagih
Sedap sgt kr.
Quote sekel 8-3-2015 12:46 PM
ice cream pasu giant dh ada jual ke ?
Quote estrelle 8-3-2015 12:53 PM
betul ke dia yg buat dlu?tempat ai ni pun dia claim eskem pasu original..tak penah plak rase nk mkn..eskem magnum n cornetto gak yg best
Quote miabebe 8-3-2015 12:55 PM
Nk gak kt gombak dah Ade ke?
Quote mattzzx 8-3-2015 01:08 PM
Panas panas ni best juga kalau pekena aiskrim pasu.....
Quote capiloton 8-3-2015 01:25 PM
aiskrim ni pulak bila nak jadi femes..
dah macam buat burger pulak aku tgk..

https://www.facebook.com/video.php?v=677186255769966
Quote olaoliolu 8-3-2015 01:36 PM
Eskrem biasa je uols. Atas bubuh serbuk biskut oreo je
Quote milo_888 8-3-2015 01:42 PM
ai makan aiskrem pasu tu di jonker walk.. mmg letak dalam pasu  paper cup dan pasu plastik...
Quote sparkles 8-3-2015 01:45 PM
Tak boleh makan ice cream lain kecuali cone .
Quote batmana 8-3-2015 01:47 PM
beli aiskrim 1.5l  rm7.99 lagi puas

Quote missDollie 8-3-2015 02:06 PM
tak berbaloi..ais krim biasa je..hiasan yang lebih..
Quote bellaa 8-3-2015 02:22 PM
masih x boleh challenge aiskim konekto kegemaran bella..

slurp slurp.. yummy.  
Quote AYAKAISHI_AYASY 8-3-2015 02:24 PM
Well...
It is not that revolution or anything..
Quote ice_sky92 8-3-2015 02:28 PM




Meanwhile in Japan,

Quote ice_sky92 8-3-2015 02:30 PM
Ni bila nak trend?

Quote azwana_alia 8-3-2015 02:36 PM
pprt  nye rupa ice cream ni. very the kg.

fefeling nak caras trend sangkaya?
Quote amiraira 8-3-2015 02:39 PM
Rasa biasa2 je...x de la sedap sgt pn
Quote md.jie 8-3-2015 02:43 PM
last seen pokcik tengok org makan aiskrim congkak
Quote myvios 8-3-2015 02:47 PM
adekah nasib nya sama mcm durian crepe, mangga asam boi, pisang goreng chese?

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.062504 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top