Pengerusi Jabatan Gen Y dan Profesional Muda UMNO Selangor, Datuk Azhari Shaari berkata, ia dirancang akan diperluaskan dengan peningkatan penyertaan anak muda dari seluruh negara selepas program pertama yang akan diadakan pada Ahad. "Program terbuka ini tidak menumpukan kepada anak muda dari Shah Alam atau Selangor sahaja, ia akan diperluaskan ke seluruh negara. "Ia membuka peluang kepada mereka yang layak untuk menyambung pengajian pra-diploma seterusnya diploma, ijazah dan lebih tinggi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Program dengan kerjasama UiTM itu menumpukan anak muda yang mempunyai pendapatan ibu bapa kurang dari RM3,000 sebulan. Mereka perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat minimum tiga kredit di dalam mata pelajaran yang tertentu. Calon yang layak juga adalah daripada lepasan SPM pada 2009 sehingga 2014. Dalam pada itu kata Azhari yang juga Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, mereka yang terpilih kelak akan mendapat yuran pengajian dan kemudahan asrama percuma. "Mereka juga akan menerima wang sara diri atau elaun mengikut jumlah yang akan ditetapkan kelak," jelasnya.
|
14
Bagus |
15
Marah |
22
Terkejut |
22
Sedih |
15
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ajinomotonosuga posted on 7-3-2015 02:51 PM
tak btui nama tu Universiti itm
sewajar nya depa tulis ITM (university)
white_musk replied at 7-3-2015 03:05 PM
tapi set set tu ngaku graduan uitm laku macam pisang goring panas......
zamnie replied at 7-3-2015 04:38 PM
Uitm mmg senang nak masuk anak buah takde A pun lehh masuk gak...
zamnie replied at 7-3-2015 08:38 AM
Uitm mmg senang nak masuk anak buah takde A pun lehh masuk gak...
ADVERTISEMENT