Jelasnya, dengan ribuan rakyat yang hadir di perhimpunan itu hari ini, menunjukkan rakyat belum lupa lagi kepada Anwar, dan mesej 'sokongan' itulah yang akan dibawanya nanti. "Saya akan bawa mesej rakyat berkumpul hari ini kepada Anwar di penjara petang ini juga. "Orang tak lupa Anwar. Hari ini kita lihat lautan manusia menentang ketidakadilan," dakwanya kepada penyokong Anwar yang berkumpul di hadapan Kompleks Sogo, hari ini. Sebelum itu kira-kira 2,000 penyokong Anwar berkumpul di hadapan Kompleks Sogo untuk menyatakan ketidakpuashatian. Sekumpulan penyokong Anwar juga sebelum itu ada yang berarak dari Masjid Jamek, Pasar Seni, Menara Maybank dan Ibu Pejabat Pas. Pemimpin pembangkang yang turut serta dalam himpunan tanpa kebenaran #kitalawan termasuk Naib Presiden PKR, Tian Chua, Shamsul Iskandar, Nurul Izzah Anwar, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat dan peguam, Ambiga. Selepas menyatakan solidariti di hadapan Sogo, mereka berarak pula ke Menara Berkembar Petronas (KLCC). Sementara itu, Nurul Izzah Anwar berkata perjuangan oleh penyokong Anwar bukan untuk Anwar sahaja tetapi untuk rakyat menentang kezaliman. "Kita akan terus tuntut menentang kezaliman dan seperti kata-kata Anwar sebelum masuk penjara, "We Never Surrender"," ujarnya.
|
ADVERTISEMENT