CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Cadangan Umur Bersara Dinaikkan Dari 60 Kepada 62 Tahun

9-3-2015 11:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13361| Komen: 136

Cadangan Umur Bersara Dinaikkan Dari 60 Kepada 62 Tahun


KEMAMAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata kebanyakan negara melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun seperti Thailand, Singapura, Sri Lanka, negara Eropah serta Amerika Syarikat dan kita sebagai negara, yang menuju negara maju harus mengambil langkah sama.

"Pertimbangan umur persaraan perlu dibuat, berikutan ekonomi negara yang tidak menentu dalam menuju negara maju.

"Selain itu, kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk melahirkan pegawai yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran...seperti pensyarah, kebanyakan mereka pada usia 55 hingga 56 baru mendapat Ijazah Kedoktoran (PhD), jadi takkan dah beribu-ribu habis buat PhD, baru berkhidmat lima tahun sudah nak
pencen?" katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Misi Bantuan Bencana Banjir 2015 anjuran Cuepacs dan Angkasa yang turut dihadiri Setiausaha Perhubungan Angkasa Terengganu, Mohamed Yusoff serta Pengerusi Cuepacs Terengganu, Muhamad Maliki Idris di sini hari ini.

Azih berkata, pelaksanaan usia persaraan 62 tahun harus diberi pertimbangan bagi penjawat awam yang melepasi tapisan tertentu seperti mempunyai tahap kesihatan yang baik serta masih berminat untuk menyumbang kepakaran tenaga kerja.

"Kerajaan juga menanggung kos yang tinggi setiap tahun untuk bayaran pencen kira-kira 70,000 penjawat awam dan kalau umur pencen dilanjutkan, mungkin pengaliran keluar wang tidak terlalu tinggi selepas ini.

"Mengenai peluang pekerjaan untuk anak muda, sebenarnya walaupun usia pencen dilanjutkan, peluang untuk anak muda masih ada dan tiada sekatan sebab ada penjawat awam yang pencen disebabkan persaraan wajib, persaraan pilihan serta kekosongan jawatan disebabkan kematian.

Dalam pada itu, Azih berharap kerajaan tidak akan menamatkan perkhidmatan kira-kira 70,000 penjawat awam yang dilantik secara kontrak, bermula pada 31 Dis ini.

Beliau yang agak terkilan berkata adalah tidak wajar bagi kerajaan menamatkan kontrak pekerja ini kerana mereka juga mempunyai tanggungan untuk meneruskan hidup dengan ekonomi negara pada masa kini yang tidak menentu.

"Sekurang-kurangnya kerajaan perlu beri mereka peluang bekerja dan bukannya menutup peluang mereka dan golongan ini merupakan 'lidah kerajaan' sebenarnya," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Innrukia 7-3-2015 06:10 PM
Apa susah hapuskan usia persaraan saja. Kerja sampai mati syaratnya & selepas mati biarla jawatannya diwarisi anak2 si mati. Biar graduan muda menganggur
Quote mattzzx 7-3-2015 06:12 PM
Abis ramai yang baru keluar Universiti ni nak cari keje apa?
Quote mommymonster82 7-3-2015 06:17 PM
Tak relevanlah...umur 50 pon ada yg not capable dah nak buat kerja..patut bglah offer bersara awal supaya budak muda plak boleh masuk..buknnya kerja sampai mati... Relevan lgi ke org tua buat kerja? Sy xkata semua tp ada segelintir besar tu jd liabiliti jer..kerja xleh buat....otak dah xleh fikir last jd prr? Tukun? Org lain yg settlekn kerja dia..dia bulan2 mkn gaji buta jer..
Quote Bedah.Cun 7-3-2015 06:18 PM
Nape 62 jer? Baik smp mati terus
Quote syabee 7-3-2015 06:18 PM
62??? aigooooo...  55 pun aku rasa dah terlalu tu utk kerjaa...
Quote miss_baby 7-3-2015 06:20 PM
kerja sampai mati jer la..
Quote R2D2 7-3-2015 06:20 PM
kalau dilayan 62 tahun
tahun depan mintak pulak ke 65 tahun
Quote jari10 7-3-2015 06:33 PM
Laa nape mintak sampai 62 je??? Mintak la terus sampai nyawa berpisah dari jasad!
Quote jari10 7-3-2015 06:33 PM
Laa nape mintak sampai 62 je??? Mintak la terus sampai nyawa berpisah dari jasad!
Quote HOHA 7-3-2015 06:34 PM
Lepas ni Tok Adi kena buat shooting kat opis kerajaan..
Quote lr7 7-3-2015 06:38 PM
ape ke bahalol kupeks ni..yg umr 50 pun xproduktif..asyik2 mc..kne tekan bt kje sikit dah bp naik..sakit kepala..sesak nafas..ni naik lagi 62?bangang la kupeks oi..bg je la cepat pencen duk umh beribadat byk2 sediakn diri ke alam barzakh!!
Quote Knowlee 7-3-2015 06:40 PM
Ridiculous. Dah tak competent dah kebanyakan staf above 55.
Quote sapp73 7-3-2015 06:40 PM
udah udah la tuh...
Quote capiloton 7-3-2015 06:55 PM
bagi la tenaga muda pulak..
patut 55 bersara wajib..
dah lama kerja, makin malas..
makin banyak komplain, itu ini tak kena..
sampai dah tak boleh di tegur, sebab seniority..
Quote AbukRokok 7-3-2015 06:59 PM
kerajaan dah xde luit nak tanggung pesara yg bertambah nak tanggung pekerja bertambah
Quote missDollie 7-3-2015 07:02 PM
pengalaman aku keja dengan orang tua umo 55 memang menguji kesabaran..dah la tak produktif..pantang lepa, bergayut jah..kuat mc..bukan pandai sangat pun godek2 software walopun dah p kursus..itu pun nak sambung lagi sampai 60..
Quote poison_paradise 7-3-2015 07:11 PM
Edited by poison_paradise at 7-3-2015 07:24 PM

Takyah la... Ada segelintir bos gomen umo masuk 50 DA sakit lutut,sakot tulang,sakit saraf tak larat ITU INI.. Tp msh mau kerja ..tak malu ke mkn gaji buta? Kerani bitau hutang byk tu kene keje wpon tak produktif...
Quote umisha 7-3-2015 07:21 PM
tak kuasa aku keje sampai nak mapus.
buat persediaan utk mati....bimbang tak sempat.
menyesal di sana dah tak boleh balik ke dunia.
Quote caprut 7-3-2015 07:29 PM
poison_paradise replied at 7-3-2015 07:11 PM
Takyah la... Ada segelintir bos gomen umo masuk 50 DA sakit lutut,sakot tulang,sakit saraf tak larat ...

yg untung pegawai2 je lg lama kjer lma dpt la naik gred wlaupun kualiti kjer xde

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.041642 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top