Apa Guna Kerajaan Sediakan Masjid Yang Besar? KUALA LUMPUR, 7 Mac – Setiap kali pakatan rakyat mengadakan Himpunan haram, mereka tidak pernah lupa untuk menyelitkan adengan lakonan solat tepi jalan. Tindakan mereka ini benar-benar memalukan agama Islam dan kerajaan Malaysia.
Islam merupakan agama yang paling mulia. Kita memiliki peradaban yang cukup tinggi. Ianya bermula dengan akhlak kehidupan seharian kita. Bayangkan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang berlaku dalam proses perarakan dan perhimpunan demo haram ini, Adakah mereka ini telah berarak dalam keadaan berwuduk dan mampu menjaga air sembahyang mereka sepanjang himpunan haram?
PRU14 benar-benar terkilan dengan golongan yang cuba menghina kesucian Islam dengan cara yang cukup halus ini. Surau dan masjid telah dibina oleh kerajaan Malaysia demi kemudahan rakyat yang beragama Islam namun mereka ini tetap memilih untuk solat di tepi jalan hanya kerana mahu menjatuhkan maruah Islam dan negara. Lebih-lebih lagi “muslimah” yang solat dalam keadaan yang cukup tidak sopan apabila mereka mengenakan pakaian yang mengikut bentuk badan dan stokin yang jarang sehingga mendedahkan aurat. Beribadah biarlah ikhlas. Situasi darurat pula perlu dihayati dengan betul. Kita bukannya berada di padang pasir, dalam hutan ataupun negara kafir. Fikir-fikirkanlah |
mesmerize replied at 9-3-2015 01:25 AM
berlambak surau kat mesia ni.. selain shopping complexes kat bangunan2 office n hotel pun biasanya a ...
Bedah.Cun replied at 9-3-2015 01:28 AM
Gedik jerrr
sekngucing replied at 9-3-2015 02:00 AM
aku rasa soal solat ni, seluruh alam ni bumi allah
boleh aja nak solat di mana mana pun
Changa replied at 9-3-2015 02:02 AM
nanti akak solat lah dalam jamban walaupun surau 2-3 langkah jah dari jamban itu.
kimsa-ra replied at 9-3-2015 02:11 AM
btul ke rakyat msia
bukan ke rakyat msia ni dgn telekung tidak bolh dipisahkn..
ADVERTISEMENT