4.53pm: Peserta sampai ke persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan Ampang dekat hotel Renaissance. Sekarang mereka membelok ke Jalan Ampang menuju ke KLCC kira-kira 1 km dari persimpangan itu. Jalan Ampang dari arah bertentangan masih dibuka kepada lalulintas dan pemimpin mengarahkan perserta tidak menggangu lalulintas. Polis trafik terpaksa melencongkan kenderaan dari Jalan Ampang menghala ke Bukit Bintang. 4.43pm: Jalan Sultan Ismail. Walau hujan perserta tidak berganjak sebaliknya melaungkan 'kita lawan', 'kita tak berganjak'. Kenderaan yang melalui arah bertentangan bergerak perlahan apabila ada peserta turut melalui jalan itu menuju ke KLCC. 4.33pm: Peserta mula melalui Jalan Sultan Ismail menuju ke KLCC. Pengguna lalulintas yang melalui Jalan yang bertentangan membunyikan hon. Laungan bebas Anwar dan undur Umno. 4.30pm: Sogo: "Hidup Mahathir, Hidup Anwar" Sekelompok peserta yang mengelar diri datang dari "kelab akar umbi PKR" muncul di Sogo dengan kain rentang Tun Dr Mahathir Mohamad. Kumpulan itu meluang "Hidup Mahathir, Hidup Anwar". Apabila ditanya, salah seorang ahli PKR bernama Jaz berkata, mereka mahu PKR bekerjasama dengan Mahathir kerana hanya Mahathir boleh membebaskan Anwar. "Kamu rasa Mahathir tu anak kecil ke? Dia boleh buat perkara besar. "Sekarang PKR tiada lagi orang yang berani selepas Anwar masuk penjara. Azmin pun senyap saja. "Maka, Mahathir ialah harapan kita!" kata Jaz. Pada masa yang sama, terdapat ahli PKR yang tidak senang dengan tindakan kumpulan ini dan mereka melaungkan "undur Mahathir". Jaz pun tunjukkan kad ahli PKRnya dan kedua-dua pihak hampir bertelagah. Kelompok yang menyokong Mahathir itu meninggal tempat himpunan selepas 30 minit. 423pm: Sogo - Peserta bergerak ke KLCC mengikut lawan arus melalui jalan TAR diiringi paluan gendang, laungan bebas Anwar dan bebas kehakiman. Dianggar 10,000 peserta bergerak ke KLCC. 4.16pm: Ahli MPP PKR, Fariz Musa umum peserta bergerak ke KLCC sekarang. 4.13pm: Dr Hatta Ramli bersama-sama Nurul Nuha dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di atas trak Hilux untuk menyampaikan ucapan. Ribuan peserta berada di hadapan Sogo untuk mendengar ucapan pemimpin. Cuaca mendung, dan hujan mula rintik-rintik tapi peserta tidak berganjak. Sementara itu Wan Azizah mengucapkan penghargaan terhadap peserta yang menunjukkan solidariti untuk pembebasan Anwar. 4pm: Sogo "Kita lawan, we will never surrender" bergema di Sogo apabila Datuk S Ambiga menyampaikan ucapan. "Saya hadir ke sini untuk menuntut kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kita bersolidariti tuntut hak demokrasi. Marilah kita bersama -sma juang, kita fight untuk anwar ibrahim. "I will never surrender, we will never surrender. Kita lawan," kata Ambiga sambil diiirngi peserta. Turut berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat. 3.55pm: - Sogo - Dr Hatta dan para pimpinan dari PAS HQ sampai di persimpang empat berdepan Sogo. Mereka bersama dengan peserta lain yang sedia menunggu sebelum ini. Laungan "Undur Rosmah" berulang-ulang kali bergema di Sogo. Jalan di antara Sogo dan Kompleks Pertama tersekat oleh peserta. Manakala kenderaan lain perlu melencong ke Jalan Dang Wangi atau melalaui jalan TAR yang masih boleh dilalui kenderaan. 3.50pm: Antara pemimpin Pakatan yang kelihatan di Masjid Jamek ialah Anthony Loke, Liew Chin Tong, Tan Kok Seong dan William Leong ADUN PAS dari Hulu Kelang Saari Sungib juga kelihatann. Semasa berucap, Anthony Loke berkata Pakatan akan memastikan Anwar terus menjadi ketua pembangkang. "Jiwa dan semangat Anwar tidak akan dipenjarakan. "Kita akan menyampaikan suara Anwar di sidang di Parlimen. "kita akan memastikam Anwar terus menjadi ketua Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan BN," kata Loke yang sebelum ini dilaporkan tidak dapat hadir ke perhimpunan hari ini. Saari Sungib semasa berucap berkata ini bukan himpunan PKR tetapi himpunan rakyat negara. "Lawan tetap lawan, kita akan terus berjuang dan melangkah ke Putrajaya," laung Saari. 345pm: PAS - Peserta dari KQ PAS kini memasuki Jalan TAR selepas melepasi Jalan Sultan Ismail. Mereka melaung Hidup Rakyat dan Undur Rosmah. Lalulintas berjalan seperti biasa dengan dikawal oleh polis trafik. 340pm: PAS HQ - kira-kira 300 peserta diketuai Dr Hatta Rami memimpin peserta mula bergerak ke Sogo. Mereka melaungkan bebas Anwar dan undur Najib, undur Rosmah berulang kali. Peserta turut membawa kain rentang "Kita Lawan" dan melaungkan reformasi dan bertakbir serta sempat juga melambai kepada peancong yang merakamkan perarakan mereka. Mereka bergerak di Jalan Raja Laut dengan melawan arus sambil dikawal oleh Unit Amal. 3.30pm PAS HQ- Hujan rintik-rintik mulai turun dan guruh berdentum di langit. 3.25pm - PAS HQ - Sementara itu AJK PAS Pusat Khalid Samad berkata peserta hari ini secara aman pergi Sogo menyatakan sokongan kepada Anwar yang dianggap tahanan politik. "Apa yang dilakukan adalah fitnah untuk pecahkan dan lemahkan pakatan. "Kita tak terima, kita kena menentang kezaliman dibuat oleh pemerintah. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang berdaulat dan tak sokong kezaliman. "Kita hadir untuk menunjukkan bantahan kita, yang dilakukan oleh Umno/BN. "Kita kena berani, apa yang kita lakukan untuk menjadi negara adil dan makmur," katanya dan diiringi takbir. 3.18pm: PAS HQ - Sementara itu Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan berkata perhimpunan hari ini adalah acara kemuncak untuk mendesak Anwar dibebaskan. 3.17pm: Sogo - Jumlah hadirin terus bertambah. Manakala lima anggota polis kelihatan menyeberangi dari pusat membeli-belah itu, sambil bercakap melalui alat radio komunikasi mereka. Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng juga klihatan, dan memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan orang ramai akan datang dari Masjid Jamek. 3.15pm: MP Batu Tian Chua memberi ucapan ringkas kepada kira-kira 100 peserta #Kita Lawan di HQ PAS. Dalam ucapannya, Tian berkata perhimpunan hari ini adalah hari bersejarah kepada rakyat Malaysia, kerana sempena menyambut ulangtahun Pakatan Rakyat menafikan dua pertiga BN, esok (8 Mac). Katanya lagi, perhimpunan hari ini adalah perhimpunan untuk membangkit semula kebangkitan rakyat yang ditunjukkan pada 2008. "Rakyat mula sedar hak yang diperuntukkan untuk berhimpun secara damai. "Kita juga bangga memegang rekod tak merosak harta awam, tak pernah buat kacau bilau dan berhimpun dengan tujuan murni, tunjuk keberanian rakyat tak sanggup kezaliman berterusan," katanya. "Kita tak sanggp beban anak cucu kelak dengan sistem politik yang korup dan kita tak ada cara lain, perlukerja kuat untuk jatuh BN," katanya. Beliau turut memberi penjelasan supaya peserta mengikut arahan daripada Unit Amal yang bertugas dan jangan terpengaruh dengan agen provokasi. Beliau turut mengumumkan perhimpunan ini dipantau oleh Suhakam dan Bar Council. Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh juga hadir. 3.12pm: Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR Nurul Izzah menerima notis untuk hadir disoal siasat oleh polis Dang Wangi berhubung perhimpunan Kita Lawan di Sogo pada 14 Februari. Menurut Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, polis telah mengesahkan kepada pihak peguam bahawa siasatan dibuat di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman. Walaupun, katanya, seksyen tersebut telah diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Rayuan dalam kes exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad. 3.10pm: Sogo - Jumlah mereka yang berhimpun meningkat kepada 400 orang, dan turut kelihatan ialah Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen. Hadirin kelihatan mengibarkan bendera PKR. Tidak kelihatan bendera PAS atau DAP. "(Bilangan penyokong) DAP nampak ok, penyokong penyokong PAS akan datang dari ibu pejabat mereka," kata Wong kepada Malaysiakini. Sementara itu seorang penjual air, dengan penuh semangat meniru slogan 'Lawan Tetap Lawan' dengan menjerit, "Minum tetap Minum tabungan," untuk menarik pelanggan. 3.01pm: Pasar Seni: Kira-kira 300 orang yang rata-rata berbaju T hitam sudah mula berhimpun di hadapan kompleks Pasar Seni. Di antara personaliti yang kelihatan adalah Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, peguam hak asasi Eric Paulsen dan Ketua AMK Perak, Zafril Eusoff. Sementara di dalam Pasar Seni pula, urusniaga berjalan seperti biasa kerana tiada kedai yang ditutup dan pengunjung kelihatan tenang melakukan tinjauan ke atas barangan dan kedai-kedai. 3pm: Masjid Jamek - ADUN PKR Semambu Lee Chean Chung berucap di hadapan lebih 300 orang di stesen LRT Masjid Jamek dari bahagian atas sebuah trak. Beliau menyeru orang ramai untuk mula perarakan ke Sogo pada pukul 3.30 petang. 2:45pm: Sogo - Kini lterdapat sekitar 300 orang berkumpul di luar Sogo. Sukar untuk membezakan berapa ramai peserta dengan pengunjung di situ. Hanya kira-kira 50 orang yang dilihat memakai kemeja-T Kita Lawan atau Reformasi. Berkemundang laungan "Reformasi" dan "Hancur Najib". 2:30: Masjid Jamek - Lebih 10 orang ahli jawatankuasa anti-cyanide Rabu berada di Masjid Jamek untuk menunjukkan sokongan mereka. Orang ramai berkumpul di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini untuk menyertai bantahan utama yang pertama bagi tahun 2015, yang diisytiharkan oleh polis sebagai haram. Protes Kita Lawan di Sogo itu menuntut pembebasan ketua pembangkang yang dipenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Bagaimanapun, ia tidak jelas sehingga mana sokongan dari gabungan Pakatan Rakyat terhadap perhimpunan tersebut. PAS tidak mengeluarkan arahan kepada ahli-ahlinya untuk menyokongnya, manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menasihatkan wakil rakyat, kebanyakannya dari DAP bahawa mereka mempunyai tugas di negeri itu untuk dilaksanakan hari ini dan perlu menumpukan perhatian kepadanya. Protes itu dijangka bermula jam 3 petang, dengan para peserta berarak dari Pasar Seni, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, menuju ke Sogo, dan perhimpunan ia mungkin berlanjutan hingga tengah malam. Perhimpunan Kita Lawan sebelum ini, menyaksikan penangkapan aktivis Adam Adli Abdul Halim, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa, dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad. [img]https://lh6.ggpht.com/h4I-A4sO7CU7Ai5PWWCtUVS6sL6R3J7FUJuiBVMmG-rP7jnpdIM3VlNqoX1vGjA01CDOTwOLDj6nLydUYtEp=s0[/img]
|
Knowlee replied at 7-3-2015 05:46 PM
So, buat utk individu la sebenarnya? Bukan utk rakyat? So, patutnya PKR tukar ke PKA je la.
rashiman replied at 7-3-2015 06:29 PM
X abis2 dgn anwar... Pbangkang dah x ada pemimpin lain ke....
Rakyat disuruh lawan...
1lelaki replied at 7-3-2015 06:31 PM
Ke jalan raya 7 Mac
Kenapa kita wajib ke jalan raya pada Sabtu 7 Mac ini? Kenapa anak muda wajib tu ...
ADVERTISEMENT