Dua lelaki maut dalam kemalangan selepas motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki simen di Jalan Bahau- Juaseh dekat sini hari ini. - Foto BERNAMA BAHAU - Dua sahabat maut apabila digilis sebuah lori tangki simen dalam kemalangan di Km1, Jalan Bahau-Juasseh berhampiran stesen minyak Petronas di sini, hari ini. Dalam kejadian 3.45 petang itu, Abdul Hakeem Abd Manan dan Muhammad Noor Firdaus Ghazali, kedua-duanya berusia 25 tahun dari Batu Kikir, sedang dalam perjalanan ke Juasseh menaiki motosikal jenis Yamaha LC. Ketua Polis Daerah Jempol Superitendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berada di lorong kanan jalan raya dipercayai cuba mengelak kenderaan di hadapan yang secara tiba-tiba memperlahankan kelajuan. "Mangsa kemudiannya mengelak ke kiri jalan iaitu di laluan lori tangki simen, namun terjatuh mengakibatkan kedua-dua mangsa digilis kenderaan berat itu. "Akibat kejadian itu kedua-dua mangsa diseret beberapa meter dari lokasi nahas dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah," katanya ketika dihubungi Bernama. Hamzah berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau membantu operasi mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa yang mengambil masa kira-kira 30 minit. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.
|
Syd replied at 5-3-2015 09:28 PM
hancur dari pinggang ke bawah...seret naik punyer kenderaan berat. ada mamat hindu kemain dekat amek ...
ib-instaforex replied at 5-3-2015 09:31 PM
ada gambar tak bro..blh bg link ..blh aku letak kat sini
ultra78 replied at 5-3-2015 09:39 PM
Search aje di twitter
Nah aku bagi link
mak_wa95 replied at 5-3-2015 10:16 PM
allah,ngerinya..
medangtamang replied at 5-3-2015 09:08 PM
Al-Fatihah... Firdaus tu kazen bini aku... baru smlm dtg umah mak mertua aku... smlm pun besday arwa ...
ADVERTISEMENT