JIKA anda merupakan pengikut Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin di media-media sosial miliknya, pasti anda perasan Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ ini ada memuat naik gambarnya di New York, Amerika Syarikat, sebentar tadi. Selain itu, KJ juga ada bergambar dengan penyanyi tempatan berbakat besar antaranya Yunalis Zarai, Aizat Amdan dan Mizz Nina yang secara kebetulan turut berada di situ. Mungkinkah mereka mempunyai projek untuk para belia yang kini sedang dirangka di masa hadapan? Oh rupa-rupanya KJ diundang untuk memberikan taklimat dengan komuniti rakyat Malaysia yang menetap di kota Big Apple sementara ketiga-tiga selebriti berkenaan mempunyai agenda mereka tersendiri di bandaraya tersebut. Gitu kisahnya.. – MYNEWSHUB.CC
|
ADVERTISEMENT