Pelajar tingkatan 5 maut terjatuh dari tingkat 10
Gambar hiasan Kejadian itu disedari oleh seorang guru pada jam 12 tengah hari, setelah dimaklumkan oleh pelajar lain yang mendapati mangsa tertiarap berlumuran darah di atas padang sekolah. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, guru berkenaan segera meminta kakitangan sekolah tersebut menghubungi ambulan. “Guru itu kemudian menghubungi ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian tersebut. Sebelum kejadian, mangsa memberitahu guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang mengajar pelajar tersebut, dia mahu ke tandas” katanya. “10 minit kemudian, kawan sekelasnya mendapati dia tidak masuk semula ke kelas tersebut, sebelum menjumpai buku nota yang mengandungi ayat mengucapkan selamat tinggal kepada semua rakan-rakan dan keluarga,” katanya. Menurutnya, mangsa difahamkan seorang pelajar yang ceria, berdisiplin, suka menolong dan tiada masalah displin. “Punca kejadian, mangsa berkemungkinan tertekan akibat putus cinta,” katanya. Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), keluarga mangsa memohon anak mereka tidak dibedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
|
3
Bagus |
9
Marah |
6
Terkejut |
10
Sedih |
6
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
R2D2 replied at 2-3-2015 11:14 PM
ooo kalau kat KL, sekolah sampai 10 tingkat
di Sabah, nak bina setingkat pun susah
tu pun tak ada ...
ADVERTISEMENT