CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kereta Mercedes Allahyarahan Nik Aziz Diiklankan Untuk Di Lelong?

2-3-2015 03:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16546| Komen: 49

Kereta Mercedes Allahyarahan Nik Aziz Diiklankan Untuk Di Lelong?



Seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Raja Kamil memuat naik beberapa keping gambar kereta milik Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan ingin dijual.

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Raja Kamil memuat naik beberapa keping gambar kereta milik Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan ingin dijual.

Raja Kamil menerangkan kereta tersebut untuk dijual setelah dia berhubung dengan anaknya, Nik Mohamad Abduh.

Katanya lagi, kereta tersebut akan dijual kepada mereka yang menawarkan harga tertinggi.

“Kereta Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz untuk dijual. Dijual kepada yang menawarkan harga tertinggi.

“ps: yang ini, saya contact terus dengan anak arwah TGNA. Share kepada yang berminat,” katanya di status Facebooknya.

Sementara itu, ketika dihubungi The Rakyat Post, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan ianya adalah silap faham dan kenderaan tersebut bukan untuk dijual.

“Saya fikir itu silap faham kot. Tidak untuk dijual,” katanya kepada The Rakyat Post.

8

Bagus
12

Marah
7

Terkejut
12

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zorrro_03 2-3-2015 12:46 PM
bukan tu kereta kerajaan ke?  ke ummah kafirin mencipta fitnah lagi..
Quote CrowneGlory 2-3-2015 12:49 PM
Bukan pulak... Kata mamat kamil tu dia contact terus dgn anak.. Mana satu yg penipu ni
Quote ultra78 2-3-2015 12:52 PM
Cuba lelong di Sotheby's

Quote jerukkedondong 2-3-2015 12:55 PM
Ada je tohmahan dan fitnah utuk Almarhum kan..
Korang tau tak almarhum tu la ni tgh bersedap sedapan di alam sana dgn dikelilingi bidadari2 syurga dan para solihin yg trdahulu darinya....sedangkan kat dunia ni fitnah cemuhan masih bergentayangan utk beliau...

Al fatihah utk almarhum..
Quote FOTHER-MUCKER 2-3-2015 12:56 PM
Kalau betul untuk di jual, jangan nanti pembeli baru buat keuntungan JUAL air basuhan kereta merc Benz pulak kepada warga taksub.
Quote Anak_Nogori 2-3-2015 01:00 PM
Demo dulu kecek rumah nik aziz rumah lamo...takkan kereta plak merc..mesti dutsun sunny 130y model 1980..
Quote truly 2-3-2015 01:00 PM
jerukkedondong replied at 2-3-2015 12:55 PM
Ada je tohmahan dan fitnah utuk Almarhum kan..
Korang tau tak almarhum tu la ni tgh bersedap sedap ...

Syurga ni dah boleh masuk ka? Aku ingat depa kata mola mola dibangkitkan semola, lepas tu hisab, lepas tu lalu titi apa ntah yg rambut belah tujuh tu lrpas tu baru masuk syurga ka neraka ka macam @stinger_attack Mr Piggy tu.

Aik la ni lagi dah Nik Aziz masuk syurga? Tanpa hisab ka?
Quote naina 2-3-2015 01:01 PM
Asal boleh jer kan rakyat marhaen sume nak tag anak, reta benda, nasihat almarhum.
Quote FOTHER-MUCKER 2-3-2015 01:01 PM
jerukkedondong replied at 2-3-2015 12:55 PM
Ada je tohmahan dan fitnah utuk Almarhum kan..
Korang tau tak almarhum tu la ni tgh bersedap sedap ...

Nak syurga kena tunggu selepas kiamat lah.
Quote chinta89 2-3-2015 01:36 PM
komen2 kat atas ni.. ape main syurga neraka ni weh.
Quote myvios 2-3-2015 01:38 PM
katenya ada salah faham.. abistu ape citer sebenarnya?
Quote dodolgemok 2-3-2015 01:46 PM
Anak_Nogori replied at 2-3-2015 01:00 PM
Demo dulu kecek rumah nik aziz rumah lamo...takkan kereta plak merc..mesti dutsun sunny 130y model 1 ...

bodohnya kau tak boleh beza kereta kerajaan negeri dgan kereta persendirian.bila kau bukak mulut makin nmpak bebal macam bijan
Quote Anak_Nogori 2-3-2015 02:15 PM
FOTHER-MUCKER replied at 2-3-2015 12:56 PM
Kalau betul untuk di jual, jangan nanti pembeli baru buat keuntungan JUAL air basuhan kereta merc Be ...

Jgn kata air basuhan kereta..air basuh tayar oun depa sanggup beli buat azimat..keromah gitu.
Quote Mr.Virus 2-3-2015 03:47 PM
mesti ummah2 yg taksub trus meroyan kalo x jd jual kete tu
Quote abbyhoney 2-3-2015 04:45 PM
Seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Raja Kamil memuat naik beberapa keping gambar kereta milik Almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan ingin dijual. Raja Kamil menerangkan kereta tersebut untuk dijual setelah dia berhubung dengan anaknya, Nik Mohamad Abduh. Katanya lagi, kereta tersebut akan dijual kepada mereka yang menawarkan harga tertinggi. “Kereta Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz untuk dijual. Dijual kepada yang menawarkan harga tertinggi. “

ps: yang ini, saya contact terus dengan anak arwah TGNA. Share kepada yang berminat,” katanya di status Facebooknya. Sementara itu,Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan ianya adalah silap faham dan kenderaan tersebut bukan untuk dijual. “Saya fikir itu silap faham kot. Tidak untuk dijual,” katanya

UPDATE : 1. Jualan diberhentikan seketika. Kata Ustaz Nik Ab Rahim Nik Abdul Aziz , sudah ada pembeli berpotensi.

2. Saya tidak berurusan dengan Ustaz Nik Abduh, saya berurusan dengan Ustaz Nik Ab Rahim.

3. Sebelum pantas memburuk-burukkan tuan guru, dan menidakkan ke-zuhud-an TGNA, baca sebuah komen daripada Truly Wan di salah sebuah 'share'. "kereta ini dihadiahkan oleh Al-Sultan untuk aruah nii..x tau jgn cakap sembarangan .Aruah tak ada dosa pun dgn kamu malah butir mata mu pun tak pernah jumpa jauh sekali mung gi dengar kuliah dia."

4. Mafhum hadis, "Jika tidak dapat berkata yang baik, maka diamlah" Wallahua'lam

Quote cik_tonggek 2-3-2015 04:53 PM
nik adli ape citer skang ni
dah lepas ISA ke
yg tu lagi sedih
dok tanam2 sayur bela ayam itik je
tetiba kena ISA
Quote LiveYourLife 2-3-2015 08:27 PM
ye ke  ni...?
Quote miss_baby 2-3-2015 08:33 PM
truly replied at 2-3-2015 01:00 PM
Syurga ni dah boleh masuk ka? Aku ingat depa kata mola mola dibangkitkan semola, lepas tu hisab, l ...

lom masuk lagi kot..tapi kubur ibarat taman syurga bagi org beriman..
Quote kakigebang 2-3-2015 09:24 PM
tgk komen2 org ni mcm hidup tongkat dunia..ade yang dah tua pun tapi dok mngata org yg dah mati...tak heran langsung dgn syurga neraka.. buat main2 je...kita tgk je la brape puluh ribu orang dok doa kt tgna, beribu dok semayang untuk dia...kita ni ntah2 ahli keluarga pon tak dtg semayangkan kita nanti... tu la kebesaran Allah taala nak tunjuk kat hamba2 nya yg soleH...sultan mati pon tak ramai camni org semayang

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.104801 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top