CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tuan Ibrahim - Pas Tak Akan Bergabung Dengan Parti Korup

26-2-2015 03:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9387| Komen: 126

PAS tidak akan bergabung dengan Umno, kata naib presiden


PAS menegaskan tidak akan bersama Umno bagi membentuk kerajaan dan tidak percaya parti Melayu itu akan membantu mereka melaksanakan hudud, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Naib presiden PAS itu berkata, perkara penggabungan bersama Umno ini tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti.

‎"Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?‎" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Tuan Ibrahim, jika daripada segi pembahagian kerusi Parlimen juga tidak menunjukkan cadangan itu akan menjadi realiti.
"PAS ada 21 kerusi Parlimen, Umno mempunyai 88 kerusi Parlimen.

"Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Dari sudut ini sahaja, tuduhan PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal," katanya.


Semalam, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya bagi membincangan beberapa isu kesejahteraan rakyat Kelantan, sebagaimana dicatat dalam Facebook beliau.

Menurut Tuan Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menegaskan tidak akan bergabung dengan Umno pada muktamar lalu.

Katanya dasar gabungan antara PAS dan Umno mesti melalui keputusan muktamar‎ dan tidak datang daripada pandangan peribadi ahli parti.

Beliau turut menafikan alasan penggabungan bagi memberi laluan  Kelantan melaksanakan Hudud kerana sekiranya ia benar Umno sudah melakukan di semua negeri pentadbiran mereka.

Katanya PAS juga tidak harus melupakan sejarah lama Umno yang menolak parti Islam dan cadangan kerajaan campuran wujud ketika pengaruh parti Melayu itu semakin lemah.

"Sudah sekian lama, Umno menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembangunan, lebuh raya, lapangan terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisme.

"Apakah tindakan parti yang zalim terhadap PAS berdekad-dekad ini boleh dipercayai?" katanya.

Beliau berkata, PAS lebih rela  membentuk sebuah kerajaan baru berteraskan Islam daripada menerima kerjasama Umno yang kononnya bertujuan unt‎uk perpaduan orang Melayu.

"Amalan rasuah, salah guna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan.

"Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup," katanya. 
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 24-2-2015 01:29 PM
sis @Modngengade takmo komen?
Quote alesandra 24-2-2015 01:39 PM
pas takkan bergabung dgn umno...realitinya itu kita tahu.tapi tu tak bermakna pas takkan tinggalkan pr...
Quote cipOt_cedOt 24-2-2015 01:49 PM
tak menggunaka Al-Quran dan Hadist tu cam dakwaan berat tu... serupa mendakwa saudara sendiri sebagai kafir...

intepretasi dan pemahaman individu atau kumpulan mengenai Islam tak sama antara satu sama lain... kalau sumer sama dah tentu tak wujud mazhab...

jangan la bongkak sangat percaya bahawa hanya PAS saja boleh bawak kemenangan Islam...

PAS ke UMNO ke PKR ke itu sumer tak penting... takde makna apa-apa...
Quote Modngengade 24-2-2015 02:06 PM
UMNO tk kisah pun dekk....BN cukup kuat....
yg aku nampak PR yg semakin goyah....
next PRU confirm PR akan bungkus....
Quote Modngengade 24-2-2015 02:07 PM
kentel replied at 24-2-2015 01:29 PM
sis @Modngengade takmo komen?

nah....ini komen hakak


UMNO tk kisah pun dekk....BN cukup kuat....
yg aku nampak PR yg semakin goyah....
next PRU confirm PR akan bungkus....
Quote krustykrab 24-2-2015 02:14 PM
ameno je ke yg korup?
100% sure yang lain tak korup jugek?
Quote cecite 24-2-2015 02:32 PM
Modngengade replied at 24-2-2015 02:06 PM
UMNO tk kisah pun dekk....BN cukup kuat....
yg aku nampak PR yg semakin goyah....
next PRU confirm ...

ckp yg sama sblm PRU 13, pastu hampeh



Quote dinamokiev 24-2-2015 02:44 PM
Tapi bergabung dengan DAP which is corrupt sama dengan UMNO. Aiyo  PAS cakap serupa itu ular la
Quote gede-bab 24-2-2015 02:50 PM
betul...betul....lebih baik PAS bergabung dengan parti peliwat, penzina daripada parti korup umgok...
Quote Perutkaembong 24-2-2015 02:56 PM
tak gabung pon dah menang dikkkkk lololol
Quote zamzam 24-2-2015 02:56 PM
sampai bila umno nak mengurat PAS?? come on lah jangan bikin jibby malu boleh tak?
Quote dino 24-2-2015 02:58 PM
cipOt_cedOt replied at 24-2-2015 01:49 PM
tak menggunaka Al-Quran dan Hadist tu cam dakwaan berat tu... serupa mendakwa saudara sendiri sebaga ...

yup btul.... btw jgn la konpiden sgt psl umno pas nih.... dlm politik takde mustahil..... cuma bg rakyat mmg rugi la.... klau depa bergabung..... nak hrp sapa check n balance? dlm PAS sendiri pun dah berpuak2... nak serupa umno dah skit2... cuma org PAS dipandang mulia psl kopiah tak tinggal....

btw Tok Guru dah takde... apa je bleh berlaku.... wpun sorg ckp mustahil ke apa.... at least dah mampu dok semeja...tak semestinya bergabung
Quote taikor 24-2-2015 03:00 PM
sekarang, Amno amat memerlukan PAS untuk PRU akan datang. PAS tidak perlukan Amno yg korup dan hanya tinggal nyawa2 ikan.

dikhuatiri, masih ade puak2 dlm PAS yg masih berhasrat bergabung dgn Amno. dan dlm PRU akan datang, mereka lah yg selamatkan Amno
Quote toksira 24-2-2015 03:04 PM
Dlm politik, apa2 boleh terjadi i.e hari ni bermusuh, esok berkawan...
Quote rashiman 24-2-2015 03:08 PM
Kadang2 tak faham jugak dengan pejuangan PAS,
Adakah PKR dan DAP membantu PAS melaksanakan hudud
Adakah PKR merujuk Al-Quran & Hadis...

Quote Mierafaziera 24-2-2015 03:13 PM
takde hal lah tak gabung pun... riak sangat depa nih..!!! jangan riak sangat dikkk..makan tak abis karang!!
Quote Modngengade 24-2-2015 03:18 PM
dinamokiev replied at 24-2-2015 02:44 PM
Tapi bergabung dengan DAP which is corrupt sama dengan UMNO. Aiyo  PAS cakap serupa itu ular la

setahu akak daripada bersekutu dgn kapir laknatullah lebih baik bersekutu dgn org islam...
ker PAS ni lain pegangannya?

Quote boyagombak 24-2-2015 03:38 PM
dino posted on 24-2-2015 02:58 PM
yup btul.... btw jgn la konpiden sgt psl umno pas nih.... dlm politik takde mustahil..... cuma bg  ...
  1. cuma org PAS dipandang mulia psl kopiah tak tinggal.... <img alt="" src="http://english1.cari.com.my/static/image/smiley/default/lol.gif" border="0">
Copy the Code
jugak yg paling ramai mengimarahkan Masjid, mendengar kuliah2 ugama.
Orang amino. oh yeargh oh yeargh oh yeargh banyak bersidai dikedai2 kopi, panggung2 wayang, cyber2 cafe, kelab2 dandut, stadiung2 dan lately tgh layan kuliah jelajah porno oleh loyar porno Oh yeargh oh yeargh oh yeargh. Dah songkok tinggi pun pakai masa PAU sajork, hapa nak kesah.
Sekali terkena, 2 kali tu sengajalah menempah

Quote d'zeck 24-2-2015 03:40 PM
tuan berahim ni sape ahso freebird?

mursamdol am PAS ka
mursamdol khas ka

prusiden PAS ka
ex officio ka

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.093117 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top