CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Lahir Dalam Ketuban

26-2-2015 11:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7398| Komen: 29

Bayi Lahir Dalam Ketuban


Saat Silas dilahirkan, dia masih lagi berada di dalam ketubannya yang masih belum pecah.

SEORANG bayi lelaki yang dilahirkan dengan ketubannya yang masih belum pecah disifatkan sebagai 'keajaiban dalam perubatan' oleh doktor yang menyelamatkannya.

Silas dilahirkan menerusi kaedah Caesarean tiga bulan lebih awal di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di California.

Namun, doktor terkejut apabila mereka menemui Silas masih lagi berada di dalam ketuban dan berupaya mendapat oksigen menerusi plasenta tersebut.

Ketuban ialah kantung berisi cecair di dalam rahim tempat bayi yang belum dilahirkan membesar.


Silas dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Ia juga disebut sebagai membran kerana ketuban itu terdiri daripada dua membran yang dikenali sebagai amnion dan chorion.

Sebaik sahaja Silas dilahirkan, Dr Binder mengeluarkan bayi itu daripada ketubannya.

Ibu Silas begitu teruja melihat kelahiran anaknya itu.

"Sebaik sahaja saya melihat proses kelahiran Silas begitu unik, saya rasakan dia adalah bayi istimewa," katanya.

Walaupun dilahirkan tidak cukup bulan, Silas menunjukkan tanda positif dan akan dibenarkan keluar wad pada hujung bulan Mac ini.

10

Bagus
6

Marah
16

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cammie1711 25-2-2015 02:37 PM
c-sect ke? ingatkan SVD....
Quote naina 25-2-2015 02:38 PM
Wahh comelnyee
begiru rupanya bayi dlm ketuban
tp ia bukan keajaiban
bukan sesuatu yg pelik
cume ia jarang2 berlaku jer
kakak ipar aku tahun lepas pon bersalin cmtu gk
doktor sume trkjut siap panggil2 nurse lain suh tgk
bersalin normal 3 minggu awal dr jangkaan
Quote chinta89 25-2-2015 02:40 PM
woww... dlm ketuban lg tu!
Quote musangcomel 25-2-2015 02:47 PM
kenapa kena operate 3 bulan lebih awal
3 bulan lebih awal tu bukan br 6bulan kandungan ke
mujur sihat bayinya
Quote insulin 25-2-2015 02:48 PM
SubhanAllah. Elok je bayi tu terletak dalam sarung ketuban tu.
Quote moocoww 25-2-2015 02:56 PM
Masya allah comelnya...semoga bayi ini membesar dengan sihat...
Quote bellaa 25-2-2015 02:59 PM
tetiba teringat cerita dragon ball..
sbijik camni lah..

keluar anak ketumban dari mulut.. eii
Quote magnus 25-2-2015 02:59 PM
Rasanya biasa je ...cuma jatang berlaku..ada jugak kenal org yg dilahirkan mcm ni...menurut kata ayahnyala..kalau dia  tipu tu tak taulah kan..
Quote muor76 25-2-2015 03:01 PM
menurut org2 tua... sesiape yg lahir dengan ketuban (lahir normal) budak tu adelah seorang yg berani...mungkin garang....
Quote CrowneGlory 25-2-2015 03:06 PM
Still dlm ketuban 3 mths early + c sect.. Apa nak heran... Lain la cukup bulan mak teran ikut saluran normal... Barula ajaib...
Quote magnus 25-2-2015 03:15 PM
muor76 replied at 25-2-2015 03:01 PM
menurut org2 tua... sesiape yg lahir dengan ketuban (lahir normal) budak tu adelah seorang yg berani ...

ai kenal sorang yg lahir dlm belon ketuban ni.. mmg berani...kerana benar...garang sikit dan bijak..ada doktor pernah ckp kat ai bayi yg dilahirkan secara pembedahan lebih bijak dari yg lahir normal ..sbb bayi tu tak melalui situasi untuk dilahirkan secara normal yg sebenarnya ada memberi tekanan kpd bayi jugak..bukan kpd ibu saja..betul atau tidak...wallahualam...
Quote scorpionkiki 25-2-2015 03:18 PM
I kenal sorang yg lahir mcm ni..perangai panas baran..kuat dengki..ego giler...kuat hergaduh dgn orang...harap budak ni opposite dr tu
Quote gula_tebu 25-2-2015 03:19 PM
ooo ini ke baby tu, tengok kat fb je lepas tu bahasa luar memang tak faham lah. mampu tengok video je doc dok kuis-kuis kantung tu, pastu baby dok menguit-nguit.

ingat abortion.
Quote chauky314 25-2-2015 03:22 PM
yer ada dengar jugak orang2 tua kata bb lahir dalam ketuban ni cerdik...
Quote hzln 25-2-2015 03:24 PM
lagi ajaib jika kembar lahir normal dalam satu sarung
menaip pun dah sudah rasa ngilu2 gituh
Quote rospinki 25-2-2015 03:24 PM
ooo camni rupanya..patutla ada bunyi mcm belon pecah msa kita nak terberanak

kalau bayi lahir yg bersarung tu apa pulak expelenesen dia?

Quote alieyrina 25-2-2015 03:29 PM
Ni bukan org duk panggil baby dlm sarung ka..sama ka x aku x pasti lak..tp anak menakan aku beranak anak  dlm sarung tu la..
Quote elmen 25-2-2015 03:30 PM
magnus replied at 25-2-2015 03:15 PM
ai kenal sorang yg lahir dlm belon ketuban ni.. mmg berani...kerana benar...garang sikit dan bija ...

amboiiiii.. apekah sbb dilahirkan bbeza dr org lain, maka perangai nye pun nak lain dr org.. saje mengada tu kan uolss... harap2 baby ni tidak lerrr..
Quote ai_fah 25-2-2015 04:02 PM
perkara biasa tapi jarang berlaku....adik saya lahir begini... mak saya simpan sarung tu dan keringkan...kononnya boleh kebal....kepercayaan org2 dulu...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.039385 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top