Pencarum Kwsp Diberitahu Pegawai Dia Sudah Mati
“Mujur tidak ada apa-apa, kalau dia buat jenayah, pasti saya yang masuk lokap,” kata Ruslan Ahmad, 51. Menurut Ruslan, perkara itu terbongkar ketika membuat semakan akaun pada 2006 apabila petugas di kaunter memaklumkan penama yang menggunakan kad pengenalannya meninggal dunia dan identiti yang digunakan adalah dirinya sendiri. “Awak Ruslan kah? Ruslan sudah mati. Berkali-kali saya tanya, namun pegawai itu tetap memberi jawapan sama. Beberapa bulan sebelum itu, saya semak dan dapati ada lebih RM40,000 wang dalam akaun KWSP saya. Kemudian bila semak lagi dalam akaun kosong. “Siapa tidak terkejut kerana saya masih hidup. Saya pernah hilang kad pengenalan ketika bekerja di Singapura pada 90-an, tetapi tak sangka jadi sampai begini. Nampaknya tak dapatlah saya pulang ke kampung untuk menjaga emak dan berkahwin,” katanya. Wang yang dicarum Ruslan sejak mula bekerja lebih 30 tahun lalu didapati tiada di dalam akaun ketika dia membuat semakan pada 2007 kerana diisytiharkan meninggal dunia pada Ogos 2005 di Muar, Johor. Sejak itu, dia hilang punca dan turun naik pejabat KWSP lebih 30 kali kerana ingin mengetahui status bagaimana wang di dalam akaun persaraannya itu boleh hilang begitu saja dengan alasan meninggal dunia sedangkan dia masih hidup sehingga hari ini. “Siapa yang mati sebenarnya, saya masih hidup dan saya percaya identiti saya diguna orang lain selepas kad pengenalan hilang di Singapura pada 2005. “Kali terakhir saya semak akaun ialah pada pertengahan 2005. Ketika itu akaun berkenaan masih berbaki RM45,228. Sebulan selepas itu ketika mendapatkan penyata, saya terkejut ianya kosong. “Apabila ditanya, pegawai memaklumkan duit diserahkan kepada Amanah Raya Berhad kerana saya sudah mati,” katanya ketika ditemui Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM) Datuk Khairul Anwar Rahmat. Ruslan berkata, dia hadir ke pejabat Amanah Raya untuk mengemukakan bukti dia masih hidup dan pemilik akaun sah dan pada mulanya pegawai bertugas juga terkejut bagaimana kes terbabit boleh berlaku. Katanya, dia dimaklumkan bahawa duit simpanannya sudah diproses dan dihantar kembali ke KWSP, namun semakan mendapati sebaliknya kerana ia hanya berbaki lebih RM1,000, jauh lebih rendah daripada sepatutnya. “Saya tanya pegawai di situ dan dimaklumkan ia bukan milik saya kerana sudah meninggal dunia. Saya ditunjukkan gambar orang itu, memang mirip saya, tetapi bukan saya. “Sehingga ke hari ini saya masih berusaha mendapatkan semula duit saya. Saya sudah berjumpa dengan keluarga si mati itu tidak lama dulu. Saya juga ada impian, mahu berkahwin dan ada keluarga, saya rasa teraniaya,” katanya yang kini bergantung hidup dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan makanan percuma di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di ibu negara. Sementara itu, Khairul Anwar berkata, pihaknya mendapati kes berkenaan mempunyai asas dan tidak menolak kemungkinan ia angkara sindiket yang mengambil kesempatan menggunakan kad pengenalan orang lain. “Kami akan bantu dari aspek perundangan termasuk khidmat nasihat guaman. SUKAGUAM menggesa pihak berwajib tampil memberi penjelasan berhubung isu ini kerana jika berasas, iasatu penganiayaan kepada Ruslan,” katanya.
|
16
Bagus |
16
Marah |
17
Terkejut |
24
Sedih |
30
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noor2 replied at 21-2-2015 10:33 AM
Pelik si Ruslan ni....beliau x pernah check penyata kwsp ke
EJALTI replied at 21-2-2015 10:37 AM
Iols nak check la penyata kwsp senin nih....
Takut kalau jadi macam en ruslan nih....
kambeng_masam replied at 21-2-2015 10:35 AM
gini jelah kalau nak senang.....pergi jadi ahlil keluarga si mati tu je terus....kawen la dengan bin ...
alieyrina replied at 21-2-2015 11:04 AM
Dia org susah kut..nk p check penyata kt mesin tu mungkin jauh..mcm tempat aku ni x dak..kena p peka ...
ADVERTISEMENT