CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja mengaku pernah terlanjur

10-6-2013 11:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7332| Komen: 55


Kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Kulim sebelum diserahkan kepada PADK.

KULIM - Polis menahan tiga pelajar lelaki dan seorang perempuan, berusia di antara 16 hingga 17 di dalam pondok rehat di Taman Tasek Kulim kira-kira jam 3 pagi semalam.

Ketika ditahan ke semua terlibat berada dalam keadaan gelap manakala pelajar perempuan berkenan dilihat sedang baring di paha teman lelakinya.

Menurut pelajar perempuan terlibat, dia bersekolah di Selama Perak dan datang bersama tiga rakan lain ke Kulim untuk bersiar-siar.

Dari siasatan dijalankan, pelajar perempuan itu mengaku pernah terlanjur bersama kekasihnya itu beberapa kali.

“Ibu saya sudah tahu perkara itu kerana sebelum ini kami pernah ditangkapnya.

"Kami juga merancang untuk berkahwin sebaik sahaja tamat persekolahan nanti. Bagaimanapun teman lelaki saya harus mencari pekerjaan terlebih dahulu.

"Keluarga kami juga sudah tahu hubungan kami ini dan mereka mendesak supaya kami dinikahkan dengan seberapa segera. Bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan kerana kami masih bersekolah. Sekiranya kami sudah bekerja, sudah pasti sekarang ini kami sudah pun menjadi suami isteri,” katanya.

Kesemua suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum diserahkan kepada Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) untuk tindakan lanjut.

Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 9 (1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa PADK, Azmi Rejab berkata, dari kenyataan diambil keluarga pelajar perempuan mendapati dia sering keluar bersama teman-teman dan enggan mendengar nasihat keluarga.

“Saya berpendapat sekiranya ada dalam kalangan remaja perempuan bawah umur terutama pelajar sekolah terlibat dalam perhubungan sosial sehingga menjejaskan maruah mereka, saya cadangkan supaya mereka dinikahkan dari terus melakukan zina.

"Ibu bapa boleh membuat permohonan di Mahkamah Syariah untuk menikahkan anak perempuan mereka. Dengan cara ini saja mereka berada di laluan yang betul dan belajar erti tanggungjawab,”


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leylapple 10-6-2013 10:18 AM
Dari siasatan dijalankan, pelajar perempuan itu mengaku pernah terlanjur bersama kekasihnya itu beberapa kali.

Ibu saya sudah tahu perkara itu kerana sebelum ini kami pernah ditangkapnya.

"Kami juga merancang untuk berkahwin sebaik sahaja tamat persekolahan nanti. Bagaimanapun teman lelaki saya harus mencari pekerjaan terlebih dahulu.

"Keluarga kami juga sudah tahu hubungan kami ini dan mereka mendesak supaya kami dinikahkan dengan seberapa segera. Bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan kerana kami masih bersekolah. Sekiranya kami sudah bekerja, sudah pasti sekarang ini kami sudah pun menjadi suami isteri,” katanya.


bodoh...tau tak diorang nie kahwin tu dah jadi wajib!!!
Quote goodfriday 10-6-2013 10:21 AM
kulim mali...........
Quote xpdckelate 10-6-2013 10:22 AM
umur dh 16,galak plak tu,baek dinikahkan je la,dari duk dibiar buat maksiat nak nunggu umur 17 tahun,hu2
Quote cheida_mymee18 10-6-2013 10:23 AM
advance gila budak2 sekarang ni
Quote srikandi_negara 10-6-2013 10:30 AM
"Keluarga kami juga sudah tahu hubungan kami ini dan mereka mendesak supaya kami dinikahkan dengan seberapa segera. Bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan kerana kami masih bersekolah. Sekiranya kami sudah bekerja, sudah pasti sekarang ini kami sudah pun menjadi suami isteri,” katanya.


bukan maen lagi pandai menjawab
Quote lizaliza 10-6-2013 10:37 AM
sebat 100 rotan...kompem taubat nasuha...
yang lelain pon takut nak buat
Quote jonlabu 10-6-2013 10:48 AM
goodfriday posted on 10-6-2013 10:21 AM
kulim mali...........

Menurut pelajar perempuan terlibat, dia bersekolah di Selama Perak dan datang bersama tiga rakan lain ke Kulim untuk bersiar-siar.
Quote inai_Djari 10-6-2013 10:50 AM
srikandi_negara posted on 10-6-2013 10:30 AM
bukan maen lagi pandai menjawab

entah2 wartawan yang tulis sebegini sedap bunyiknya kalau dia ckp entah paham entah tak kita membacanya
Quote missus_meow 10-6-2013 10:50 AM
selamba je jwb .. ntah btl ntah tak kuarga ckp camtu
Quote kelip2_07 10-6-2013 10:52 AM
klu main pn dh pndai...menjwb lg la pndai..
Quote setia00 10-6-2013 11:06 AM
nikah je..
sebelum terpregnant nanti lagi susah..
Quote Staratila 10-6-2013 11:11 AM
lepas ni mesti ramai yg mengikut cara budak perempuan ni
Quote Djagur 10-6-2013 11:18 AM
jonlabu posted on 10-6-2013 10:48 AM
Menurut pelajar perempuan terlibat, dia bersekolah di Selama Perak dan datang bersama tiga rakan l ...

SELAMA perak mana ada apa..utan banat..tu mai kulim sbb ada kfc dgn yawata...
Quote dainese 10-6-2013 11:21 AM
ape kulim nih macam2 isu yer..patut la sana banyak hantu..pontianak la..apa la..
Quote gaara_X 10-6-2013 11:26 AM
zaman makin canggih...manusia pun makin canggih perancangannya.....
Quote prettyuglybabe 10-6-2013 11:31 AM
nikah kan je la daripada mereka bermaksiat.. dah baligh pun
Quote jonlabu 10-6-2013 11:32 AM
Djagur posted on 10-6-2013 11:18 AM
SELAMA perak mana ada apa..utan banat..tu mai kulim sbb ada kfc dgn yawata...

kalo nak berenjut dlam utan lagi senang. ulau betul ngan ulau jadian tak leh beza, tau2 syok jer.
Quote Djagur 10-6-2013 11:34 AM
jonlabu posted on 10-6-2013 11:32 AM
kalo nak berenjut dlam utan lagi senang. ulau betul ngan ulau jadian tak leh beza, tau2 syok jer.  ...

nak berenjutan dlm utang takut cik ponti yg kain batik hilang.. kulimmkan byk ponti....
Quote fazzrules 10-6-2013 11:36 AM
elok lah dinikahkan sebelum ada kes buang bayi plak kang...

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.062048 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top