Imigresen Australia Nafi Lulus Temu Bual Media Sirul
Jurucakap jabatan itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan mengenai temu bual itu pada masa akan datang jika proses permohonan sepatutnya dipenuhi, lapor The Age. Sirul Azhar Umar sebelum ini dilaporkan berkata dia telah berunding dengan stesen televisyen Australia untuk temu bual di mana beliau akan mendedahkan siapa yang mengarahkan untuk menembak wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Seorang jurucakapnya, Peter Dutton dilaporkan berkata secara umumnya, jabatan itu tidak membolehkan temu bual dalam pusat tahanan atas sebab-sebab operasi. Sirul, bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak, memerlukan kelulusan peringkat tertinggi untuk merakam temu bual media dalam Villawood, di mana dia ditahan sejak ditangkap di Queensland pada 20 Januari. Dalam komennya, Najib menyifatkan sebagai "mengarut" dakwaan Sirul yang dia diarahkan oleh "orang penting" untuk membunuh Shaariibuu. Bulan lalu Mahkamah Persekutuan mensabitkan Sirul dan seorang lagi bekas anggota pasukan elit polis, Azilah Hadri dengan kesalahan membunuh Altantuya dan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-duanya.
|
7
Bagus |
5
Marah |
12
Terkejut |
9
Sedih |
2
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Kittie replied at 21-2-2015 02:24 AM
Dah agak dah.
kambeng_masam replied at 21-2-2015 10:38 AM
azilah ke mana now? senyap je?
noor2 replied at 21-2-2015 11:20 AM
Padan muka PAS ....awal2 lagi dah heboh....buatla senyap2
bluemenx replied at 21-2-2015 10:36 AM
kan.. betul tak aku ckp... sinetron demi sinetron.
hubungan Mal dgn Aussie kuat
ResellerMaxis replied at 21-2-2015 11:56 AM
Penafian ni dari jabatan imigresen ausie..xde kaitan dengan kerajaan malaysia..
Lainlah kalau m ...
ResellerMaxis replied at 21-2-2015 03:56 AM
Penafian ni dari jabatan imigresen ausie..xde kaitan dengan kerajaan malaysia..
Lainlah kalau m ...
ADVERTISEMENT