CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tun Dr M Dedahkan 18 Muka Surat Diri Wan Azizah?

23-2-2015 01:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21144| Komen: 205

Tun Dr Mahathir Mohamad Dedahkan 18 Muka Surat Diri Wan Azizah Mengenai Tingkah Laku Anwar...?


Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.

Ini berikutan buat pertama kalinya selepas lebih 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata,"

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.

Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.

"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya.

22

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PEPPERMAN 22-2-2015 01:56 PM
tahniah tun. lepas ni Tun join road show dengan syafiee.
Ini lah salah satu sumbangan baik Tun kepada Najib, sebab lately dah banyak sangat Tun mengutuk Najib.
Terima kasih
Quote dodolgemok 22-2-2015 01:59 PM
Kata taknak aibkan mana2 pihak tpi sendiri bukak mulut pasal hal ni.macai2 lak lompat kegirangan arini dah 4thread pasal anwar,mungkin kpi makin tinggi selepas anwar dijel? @Anak_Nogori
Quote yayaji 22-2-2015 02:21 PM
eh..bukan TM dah penah cerita ka pasai surat ni? sy dah penah baca artikel ni...tp tak ingat kat mana..
Quote flying_cow 22-2-2015 02:34 PM
Aiyoo tak  habis lagi drama liwat ni nampaknya.
Quote lazim 22-2-2015 02:41 PM
bagus la bagtau. kang macai buat2 lupa pulak azizah sendri pernah mngadu dlm surat pasal anwar
Quote lazim 22-2-2015 02:41 PM
azizah pon x penah menafikan surat ni kan?
Quote atekome 22-2-2015 02:44 PM
Kes sirul ade tak sirul hntr surat pd tun?
Quote famri7 22-2-2015 02:57 PM
Fatherly sungguh gamba beliau.bgus la build the excitement while it lasts...nanti bleh guna tatkala al jobouri dibebasin.
Quote sayawifenikmie 22-2-2015 03:01 PM
betul lah tu tindakan tun .. dia cuma kata azizah pernahtulis surat 18 pp kepada dia ... mengadu pasal nuar ... bukan dia dedah secara terpermm ...  

relak relak sudah ..

awat nak melompat2 nya ....

ada ke kak zah pernah nafi?
Quote Orange1 22-2-2015 03:01 PM
Ni bukan artikel lama dah ke? Aku dah pernah baca berita ni. Sudah2 lah tu AN ooiii
Quote Orange1 22-2-2015 03:02 PM
Tt ni dah mcm takde keja anwar anwarrr anwarrrrr, cinta lama ke? Lol
Quote Anak_Nogori 22-2-2015 03:37 PM
lazim replied at 22-2-2015 02:41 PM
bagus la bagtau. kang macai buat2 lupa pulak azizah sendri pernah mngadu dlm surat pasal anwar

Macai takutlah ramai yg tahu kipas pernah hantar surat pada tun m

Quote Anak_Nogori 22-2-2015 03:38 PM
Orange1 replied at 22-2-2015 03:02 PM
Tt ni dah mcm takde keja anwar anwarrr anwarrrrr, cinta lama ke? Lol

Kenapa risau ke org tahu kisah ketum ni peliwat tegar?
Quote CrowneGlory 22-2-2015 03:41 PM
Someone getting sexcited over anal penetration
Quote akusukaq 22-2-2015 03:42 PM
same lah dgn yang duk meratip bijan bijan bijan , kak mah kak mah kak mah . sehari tak ratip tak lena tidor. mcm sedang bercintan lagak nya
Quote mamiayu 22-2-2015 03:56 PM
dalam hal ini paling kesian adalah wan azizah, di malu kan semalu2nya, oleh semua pihak. semoga Allah melindungi nya
Quote batu kikir 22-2-2015 03:58 PM
Tun Che Det...........saya tabik spring kat Tun.
Dalam Tun kena bedal dengan orang2 pro montot...........Tun tetap menjaga aib orang lebih2 lagi Jijah sebagai wanita.
Sepatutnya Jijah berterimakasih kat Tun sebab tak jaja cerita salahlaku suami dia olih tidak lain dan tidak bukan.............Jijah sendiri.

Quote NAT_11 22-2-2015 04:09 PM
batu kikir replied at 22-2-2015 03:58 PM
Tun Che Det...........saya tabik spring kat Tun.
Dalam Tun kena bedal dengan orang2 pro montot..... ...

Sebab Jijah tahu, Tun takkan aibkan dia dengan mendedahkan
surat 18 pagesnya kepada Tun, 15 tahun lalu. Orang tanya Tun
ye ke Jijah ada tulis surat 18 pages 15 tahun lalu. Dia jawablah
ya. Orang tanya lagi pasai apa......?????
Tun jawab tak guna nak cakap pasai apa sebab dah terdedah pun
PASAInya tanpa Tun mendedahkan kandungan surat Wan Jijah
setebal 18 muka surat tu. Tapi rasanya Tun masih simpan dalam
fail rahsianya, mana tahu kut-kut nanti Jijah cakap, Ambo tak penah
pun tulis surat kat Tun, what more nak ngadu pasal laki ambo
yang syamul tu..............
Quote Orix 22-2-2015 04:10 PM
tabik tun M foreva

Lihat semua komen(205)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.060370 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top