CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sikap pentingkan diri, letak kenderaan sesuka hati

10-6-2013 11:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10867| Komen: 100


Masyarakat setempat dan peniaga meletakkan kenderaan di merata tempat sekitar pekan Rantau Panjang.


RANTAU PANJANG – Sikap ambil mudah dan mementingkan diri dalam kalangan peniaga dan masyarakat setempat terutama menyebabkan keadaan tempat letak kenderaan di pekan Rantau Panjang terus dilanda masalah.

Perkara ini bukanlah baru, tetapi telah berlarutan sejak sekian lama sehinggakan sudah menjadi ‘rutin’ bagi mereka meletakkan kenderaan di tempat paling hampir dengan lokasi tempat mencari rezeki masing-masing.

Kebanyakan peniaga mengambil inisiatif meletakkan motosikal yang sebahagian besarnya berpendaftaran negara jiran itu di tepi, belakang, hadapan kereta sehingga merumitkan pemandu kenderaan masuk dan keluar parkir.

Pengguna terpaksa meletakkan kereta di belakang motosikal peniaga kerana ketiadaan tempat letak kereta seterusnya menyebabkan belakang kereta melepasi petak parkir dan berisiko dilanggar kenderaan melalui kawasan berkenaan.

Biar pun sedar pengguna lain berdepan masalah lantaran sikap mementingkan diri mereka, peniaga tetap dengan cara lama itu.

Tinjauan Sinar Harian tengah hari semalam mendapati, kaki lima pasar basah turut menjadi tempat parkir motosikal peniaga.

Minggu lalu, selama dua hari pihak penguat kuasa mengadakan operasi, kebanyakan mereka meletakkan kenderaan di tempat yang dikhususkan untuk motosikal kerana bimbang dikenakan tindakan.

Sebaliknya sebaik kaki tangan yang dipinjamkan dari Pasir Mas situ kembali bertugas di tempat asal, keadaan di tempat letak kenderaan pekan Rantau Panjang juga kembali ke ‘situasi asal’.

Seorang pengguna dikenali Ina, 27, yang juga peniaga di pekan Rantau Panjang berkata, tabiat peniaga sukar diubah, mereka hanya meletakkan motosikal di tempat dikhususkan untuk kenderaan itu sekiranya penguatkuasaan undan-undang dilaksanakan di pekan ini.

Katanya, peniaga hanya takut dikenakan tindakan undang-undang sahaja.

“Kemungkinan dengan kuasa undang-undang, mereka akan kembali meletakkan motosikal di tempat sepatutnya.

“Sekarang, lokasi paling hampir dengan ruang niaga masing-masing menjadi tempat peniaga meletakkan motosikal,”


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 10-6-2013 10:26 AM
tempat kecik,tapi sesak dengan manusia,ni dh jadi perkara biasa,kalu selalu ke rantau panjang especially cuti sekolah,nak parking pun hazab,hu2
Quote lizaliza 10-6-2013 10:38 AM
teringin nak pegi rantau panjang..
Quote gede-bab 10-6-2013 10:44 AM
ni siam mari..depa tak tau baca undang2...

katr rantau panjang ...siam ni naik motor pun macam ni..

Quote tungkai 10-6-2013 10:45 AM
Kat KL banyak yg buat camni bukan sebab parking tak cukup tapi kedekut nak mampos untuk bayar parking 2 hengget. Harap kete je mahal
Quote noor2 10-6-2013 10:48 AM
kat subang perdana pun sama,,,,,rasa nak menyumpah2..
Quote Fariz07 10-6-2013 10:58 AM
gede-bab posted on 10-6-2013 10:44 AM
ni siam mari..depa tak tau baca undang2...

katr rantau panjang ...siam ni naik motor pun mac ...

kalo yg membonceng tu naik motor terkangkang mau terselak kain sampai ke lutut
Quote piringterbang 10-6-2013 10:59 AM
aku suke park rapat2 kalau ade kereta parking makan kotak orang lain..biar padan muke dia nak masuk nanti susah..kalau aku bawak orang aku akan surauh orang tu keluar dulu then aku parking ngan2 biar die kene masuk ikut passenger seat..puas hati aku
Quote ResellerMaxis 10-6-2013 11:06 AM
piringterbang posted on 10-6-2013 10:59 AM
aku suke park rapat2 kalau ade kereta parking makan kotak orang lain..biar padan muke dia nak masuk  ...

nanti dia masuk ikut pintu driver..keta kau gak bercalar..silap-silap kemek sikit..
Quote piringterbang 10-6-2013 11:13 AM
ResellerMaxis posted on 10-6-2013 11:06 AM
nanti dia masuk ikut pintu driver..keta kau gak bercalar..silap-silap kemek sikit..

lepas tu aku berdoa kete aku x di apa2 kan
Quote seroja11 10-6-2013 11:18 AM
baru pergi minggu lepas..memang sesak betul .....nak cari parking berjam...
Quote maja07 10-6-2013 11:25 AM
Saya paling tension bila pekerja asing naik basikal dekat fast lane di lembah Klang ni. .
Quote gaara_X 10-6-2013 11:28 AM
bukan kat sana..memana je sebenarnya......kalau boleh...nak masukkan lam kedai......ahaks!!
Quote prettyuglybabe 10-6-2013 11:29 AM
mana-mana pun sama.. mostly harap kembang idung berlagak kaya dengan kereta mahal konon hebat. tapi nak bayar parking punya berkira
Quote idadzira 10-6-2013 11:37 AM
x sayang keta, aku kalau laki aku bawa keta aku jangan harap dia dapat parking merata2. kalau dia bawa keta sendiri sukati dia la nak park mana2
Quote mohdcrow 10-6-2013 12:07 PM
bukan serata malaysia ker ada masalah ni?
Quote zameyla 10-6-2013 12:16 PM
Lagi satu kat stesen minyak, dah tau org dok tunggu kt belakang, cepat2 la skit, nie tak lepas isi minyak, ble plak dok cuci cermin depan, tgk2 tayar keta...angin betuii.. Ada yang parking kat tempat isi minyak, tp ble plak dok shopping kat dalam, bukan nk isi minyak pun...macam2 la perangai org nie..
Quote True-X 10-6-2013 12:22 PM
lepas ni keta murah.. lagi banyak keta,... double trouble bab2 parking ni...
Quote gogo2 10-6-2013 12:23 PM
Kalau gambar ini berlaku di Pulau Pinang, siapa gerangan yg akan kena lahar?
Quote cikatilia 10-6-2013 12:51 PM
pemandu malaysia perangai mmg hazab

plak tu PATI pon byk pakai keta2 lama.. park suka2 hati je..
golongan urban kaya raya pon xkurang dungu nya time parkir..

ada 1 x aku tgk ferrari park kat tgh jalan (jln besar area subang).. so dia makan 1 lorong, tinggal 1 lorong je utk keta 2 hala) betul2 ngadap kedai mamak (aku percaya dia lepak kat mamak  tu ngeteh/ngopi tp risau ferrari dia ilang)2

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.076947 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top