CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Cuaca Panas Di Malaysia Hingga 35 Darjah Celsius Dari Feb - April

23-2-2015 12:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8981| Komen: 45

Cuaca Panas Di Malaysia Hingga 35 Darjah Celsius Dari Feb - April


Peta suhu dunia semalam disiarkan AccuWeather yang menunjukkan Malaysia berada pada warna merah iaitu skala 30 darjah Celsius hingga 35 darjah Celsius.



KUALA LUMPUR – Malaysia bakal berhadapan cuaca panas bermula minggu depan sehingga April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

Sumber Jabatan Meteo-rologi Malaysia membe-ritahu, fenomena yang berlaku cuma dua kali dalam setahun itu juga bermaksud matahari berada tegak di atas Malaysia dengan suhu paling panas mungkin pada Mac ini te-rutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung.

Berdasarkan ramalan oleh portal cuaca, AccuWeather, bacaan suhu di beberapa bandar utama di Malaysia mulai 25 Februari ini mencecah 36 darjah Celcius.

“Setiap tahun pada bulan Mac dan September, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

“Suhu akan lebih tinggi dan kering waktu itu. Ia boleh mencecah sehingga 38 darjah Celcius untuk negeri-negeri tertentu,” katanya ketika dihubungi Kos-mo! di sini semalam.

Suhu 38 darjah Celcius adalah bersamaan de-ngan suhu purata pada awal musim di Mekah, Arab Saudi.

Sumber itu turut menjelaskan, cuaca normal di Malaysia kurang daripada 34 darjah Celcius dan lebih daripada itu dianggap sebagai cuaca panas.

Sementara itu, Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Fredolin Tangang berkata, cuaca panas di Malaysia waktu ini turut disebabkan oleh Monsun Timur Laut yang hampir berakhir.


4

Bagus
6

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 21-2-2015 08:20 AM
Wah menyamai purata suhu ereb saudi..banggalah para penjilat ereb semakin hari semakin menghampiri cii2 idola mureka.

P/s pakat beli petroleum jelly untuk elak kulit kering.
Quote budakshinchan 21-2-2015 08:26 AM
skrg ni pon dah panas.. panasssss
Quote noor2 21-2-2015 08:28 AM
Semalam 33c
Quote nurul_akmar 21-2-2015 08:42 AM
skang ni musim batuk n demam
Quote poison_paradise 21-2-2015 08:42 AM
Tp Ada hujan.. Sejuk gak
Quote AbukRokok 21-2-2015 09:04 AM
ehhhh xsampi pun musim bunga mcm thun lpas... da musim pnas
Quote TuntungReturn 21-2-2015 09:16 AM
jangan isi minyak full
Quote aechae 21-2-2015 09:18 AM
get ready utk catuan air lg??
Quote Ferr_Remy 21-2-2015 09:22 AM
Panas di dunia, panas lagi di akhirat kelak gitcheww
Quote MissNigga 21-2-2015 09:30 AM
tak dok sesapa nak habag ker ..suhu tempat memasing ... tempat mana paling panas???

last year bukan main gegeh lagi nak habag tempat memasing paling sejuk ....
Quote R2D2 22-2-2015 11:53 AM
Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa maut

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.

Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.

“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.
Quote noor2 22-2-2015 11:55 AM
Semalam 35c.......
Quote mattzzx 22-2-2015 11:55 AM
Tawkey air cond dah tersenyum tu.....
Quote hanakikan 22-2-2015 12:00 PM
famri7 replied at 21-2-2015 08:20 AM
Wah menyamai purata suhu ereb saudi..banggalah para penjilat ereb semakin hari semakin menghampiri c ...

Jangan guna sapu kat lubang sudah
Quote bluemenx 22-2-2015 12:02 PM
36C ..... besar juga  
Quote bluemenx 22-2-2015 12:05 PM
sapa2 nak try bikin Aircond murah meriah.. boleh cuba cara ni..

Inkali Sejuklah !!

[youtube]HxSLbpAwibg[/youtube]
Quote enchikfitz 22-2-2015 12:08 PM
kat Taiping pun dah panas. Nasib keje bawah aircond
Quote Knowlee 22-2-2015 12:09 PM
Kena pakai sunblock, bila keluar rumah kena pakai payung, banyakkan minum air masak. Musim batuk dan demam kembali lagi. Ni pun ai dah terasa gatal tekak dah.
Quote Knowlee 22-2-2015 12:10 PM
TuntungReturn replied at 21-2-2015 09:16 AM
jangan isi minyak full

Hahaha. Siapa la yg reka cerita tu pastu sebar merata kat Whatsapp. Ramai yg percaya tu lagi kelakar tu.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.173461 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top