Sultan Kelantan Cemar Duli Ziarah Kubur Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berangkat mencemar duli menziarahi kubur bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka. Turut hadir bersama baginda adalah Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad. Baginda meluangkan masa membaca surah Yasin dan menyedekahkan doa kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan bekas Mursyidul Am PAS. Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, 84, meninggal dunia pada jam 9.40 malam, Khamis lalu. Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Pulau Melaka yang terletak berhampiran rumah beliau sebelum disemadikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan. Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam, dan telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.
|
budakshinchan replied at 22-2-2015 09:00 PM
xde masa dia nk meroyan pasal bola sepak
cmf_premierleag replied at 22-2-2015 10:36 PM
Dia ni matang dan educated
Bukan mcm lagi sowang tu. Tu mcm BBNU...budak2 baru nak UP. ..baru sta ...
jerukkedondong replied at 22-2-2015 11:12 PM
Tentu Tuanku sedih sangat dengan kepergian almarhum TGNA..
iols pernh dgr masa almarhum jadi MB d ...
budakshinchan replied at 22-2-2015 11:27 PM
follower ramai kot.. tu dia rasa gah je.. bila la Johor ni nak ada mcm Sultan Kelantan tu haaaa
alesandra replied at 22-2-2015 10:49 PM
dah reda sikit baru dapat dtg menziarah.walau aku punya pandangan berbeza dlm sistem beraja neh.aku ...
tipuware replied at 23-2-2015 08:21 AM
sultan ni berpermaisuri kan? pasal jarang nampak gambar permaisurinya. kalau takde permaisuri, tak ...
kimora replied at 23-2-2015 12:12 AM
Tu la org pertama yg aku cari masa pengebumian tu ialah sultan kelantan.. Tapi berbaik sangka aja la ...
ADVERTISEMENT