CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Anwar Seolah2 Terus Guna Facebook Berkomunikasi Dari Penjara

17-2-2015 10:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8830| Komen: 20

Anwar Seolah2 Terus Guna Facebook Berkomunikasi Dari Penjara


Status Facebook Anwar hari ini di mana kelihatan seolah-olah beliau baru memuat naik gambar majlis Resolusi Anak Muda Malaysia kira-kira tiga jam lalu. - Foto Facebook Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Susulan daripada kenyataan ringkas melaui akaun Twitter rasminya yang menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat layanan istimewa termasuk diberikan kemudahan melayari internet di dalam Penjara Sungai Buloh, Jabatan Penjara hari ini mengeluarkan satu kenyataan panjang lebar menerangkan mengenai layanan terhadap Ketua Pembangkang itu.

Melalui kenyataan itu, Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Supri Hashim menerangkan layanan yang diberi darii aspek perjumpaan bersama keluarga, penggunaan komputer atau internet dan telefon bimbit, serta pemakanan.

Menurut beliau layanan dan kemudahan yang telah diberikan kepada Anwar adalah selaras dengan ketetapan Akta dan Peraturan Penjara tanpa sebarang pengecualian atau keistimewaan.

Penggunaan komputer atau internet dan telefon bimbit oleh banduan semasa mereka ditahan di penjara adalah dilarang, tegasnya dalam kenyataan itu, Isnin.

“Hanya banduan yang telah diluluskan untuk mengikuti pengajian tinggi sahaja diberikan kemudahan komputer dengan kawalan (di hadapan) pegawai penjara dan hanya bagi tujuan E-Learning sahaja,” jelas Supri dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut beliau, kemudahan komputer untuk E-Learning itu hanya terdapat di Penjara Kajang, Penjara Bentong dan Penjara Kota Kinabalu.

“Pemeriksaan yang dilakukan semasa kemasukan DSAI ke Penjara Sungai Buloh dan pemeriksaan dari masa ke semasa menunjukkan adalah tidak benar kemudahan komputer atau internet atau telefon bimbit telah dibenarkan kepada DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Berhubung dengan Facebook atau twitter atau lain-lain medium sosial, mereka yang telah diberikan akses boleh menggunakannya tanpa memerlukan kehadiran DSAI.



Penafian Anwar diberikan kemudahan komputer dan internet melalui kenyataan ringkas di akuan Twitter rasmi Jabatan Penjara semalam.

“Jabatan Penjara bukan pihak yang mengawal atau mempunyai kuasa menghentikan penggunaannya kerana ia berlaku di luar penjara,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Jabatan Penjara hanya menyediakan kemudahan telefon berbayar yang boleh digunakan oleh banduan di bawah kawalan pegawai penjara.

“Semakan dibuat setakat ini menunjukkan kemudahan tersebut tidak digunakan oleh DSAI,” katanya.

Manakala mengenai perjumpaan dengan pihak luar, Anwar hanya dibenarkan berrtemu keluarga beliau sekali setakat ini, iaitu pada hari ketiiga beliau menjalani hukuman, kata Supri lagi dalam kenyataan itu.

“Manakala perjumpaan berperingkat pula bermula sebaik sahaja seseorang banduan telah menjalani hukuman empat minggu dan ianya dilaksanakan mengikut tarikh yang diberikan dalam kad lawatan,” katanya.

Kenyataan ini dikeluarkan apabila penulis blog dan penggguna media sosial mempertikaikan mengenai akaun Facebook Anwar yang dilihat masih aktif menerusi status Facebooknya walaupun selepas dipenjara sejak 10 Februari lalu.

Malah, Facebook Anwar kelihatan terus dikemaskini setiap hari, termasuk hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Jabatan Penjara mengenai layanan kepada Anwar:-

KENYATAAN MEDIA JABATAN PENJARA MALAYSIA

LAYANAN DAN KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN KEPADA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Sepertimana dimaklumi Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI) telah menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh mulai 10 Februari 2015 yang lalu.

Semenjak tempoh tersebut berbagai spekulasi dan laporan yang dibuat terutamanya melalui media sosial berhubung layanan dan kemudahan yang diberikan kepada DSAI.

Sehubungan itu adalah dijelaskan layanan dan kemudahan yang telah diberikan kepada DSAI adalah selaras dengan ketetapan Akta dan Peraturan Penjara. Berasaskan kepada kenyataan yang dikeluarkan melalui blog, Facebook dan Tweeter tertentu, layanan dan kemudahan yang telah diberikan Penjara Sungai Buloh kepada DSAI dapat dijelaskan seperti berikut:

i. Perjumpaan dengan keluarga

Perjumpaan dengan keluarga adalah antara aspek utama yang amat dipentingkan oleh Jabatan Penjara dalam pembinaan pemulihan diri banduan.

Berbagai bentuk perjumpaan boleh dipertimbang atau diberikan kepada banduan, antaranya perjumpaan permulaan, perjumpaan berperingkat dan perjumpaan khas.

Perjumpaan permulaan diberikan kepada semua banduan adalah sekali sahaja dan ianya boleh dilakukan pada hari pertama seseorang dipenjarakan sehinggalah dalam tempoh empat minggu.

Biasanya perjumpaan ini berlangsung pada hari kedua pemenjaraan kerana pada hari pertama banduan sampai ke penjara pada lewat petang dan beberapa tindakan dalam proses penerimaan perlu dilakukan termasuklah pemeriksaan kesihatan.

Kemudahan perjumpaan ini bagi membolehkan banduan menguruskan masalah serta keperluan tertentu bersama keluarga.

Oleh itu dalam hal ini adalah tidak menyalahi peraturan dan prosedur penjara di mana keluarga DSAI telah dibenarkan berjumpa pada hari ketiga.

Kemudahan perjumpaan permulaan ini sama ada pada hari kedua atau ketiga atau apa-apa hari dalam tempoh empat minggu tersebut telah diberikan kepada lain-lain banduan sebelum ini.

Manakala perjumpaan berperingkat pula bermula sebaik sahaja seseorang banduan telah menjalani hukuman empat minggu dan ianya dilaksanakan mengikut tarikh yang diberikan dalam kad lawatan.

Manakala dalam situasi tertentu keluarga juga boleh membuat permohonan kepada Pengarah sesebuah penjara untuk dipertimbangkan perjumpaan khas.

ii. Penggunaan komputer atau internet atau telefon bimbit di dalam penjara

Penggunaan komputer atau internet atau telefon bimbit oleh banduan semasa mereka ditahan di penjara adalah dilarang.

Hanya banduan yang telah diluluskan untuk mengikuti pengajian tinggi sahaja diberikan kemudahan komputer dengan kawalan (di hadapan) pegawai penjara dan hanya bagi tujuan E-Learning sahaja. Perkara ini hanya dijalankan di Penjara Kajang, Penjara Bentong dan Penjara Kota Kinabalu.

Pemeriksaan yang dilakukan semasa kemasukan DSAI ke Penjara Sungai Buloh dan pemeriksaan dari masa ke semasa menunjukkan adalah tidak benar kemudahan komputer atau internet atau telefon bimbit telah dibenarkan kepada DSAI.

Pemilikan perkara di atas di dalam penjara merupakan satu kesalahan besar dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan.

Berhubung dengan Facebook atau tweeter atau lain-lain medium sosial, mereka yang telah diberikan akses boleh menggunakannya tanpa memerlukan kehadiran DSAI. Jabatan Penjara bukan pihak yang mengawal atau mempunyai kuasa menghentikan penggunaannya kerana ia berlaku di luar penjara.

Jabatan Penjara mempunyai kemudahan telefon berbayar yang boleh digunakan oleh banduan dalam kawalan pegawai penjara.

Semakan dibuat setakat ini menunjukkan kemudahan tersebut tidak digunakan oleh DSAI.

iii. Makanan untuk DSAI

Makanan yang dibekalkan kepada semua banduan adalah berasaskan skala yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan serta terkandung Akta Penjara. Makanan tambahan atau makanan yang berbeza boleh dibenarkan diberi kepada seseorang banduan berasaskan pengesyoran oleh pegawai perubatan untuk kepentingan kesihatan banduan tersebut.

Manakala semasa sesi lawatan, keluarga banduan, mereka boleh membeli makanan dari kantin penjara untuk dimakan oleh banduan pada hari lawatan tersebut.

Setakat ini pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan oleh Ibu Pejabat Penjara mendapati Penjara Sungai Buloh telah melaksanakan tanggungjawab secara teratur berasaskan Akta, Peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

Jabatan Penjara akan terus memastikan layanan dan pemerlakuan terhadap semua banduan termasuk DSAI adalah mengikut landasan undang-undang.

Sekian, terima kasih.

(SUPRI BIN HASHIM)
Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Tarikh:16 Februari 2015.


5

Bagus
10

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 16-2-2015 05:56 PM
dah tentu anak buah dia update fb...chitt
Quote tumpanglalu74 16-2-2015 05:56 PM
Boleh start revolusi.  Pikey2 kan la...
Quote dodolgemok 16-2-2015 06:06 PM
Laaa dah duduk dlm penjara pon macai2 masih bimbang dgan anwar ke?nmpak sgat macai pengecut telo pondan bapok terkangkang
Quote makneng 16-2-2015 06:07 PM
Erm...benda ni pun org duk percaya..sian
Quote rawahah 16-2-2015 06:07 PM
baca quran je la bnyk2 nuar.. pastu bnyk2 semayang sunat taubat.. heh
Quote genUmi 16-2-2015 06:16 PM
macam2 modal la depa ni, org tu dah dok dalam, lagi paranoid ka
Quote aechae 16-2-2015 06:22 PM
Apa x pnah dgr ke org ada PA or admin yg uruskn page tu?yg susah hati knapa?xkn nk suh block FB nya plak?
Quote alesandra 16-2-2015 06:29 PM
mmg macai  bodoh nak mampos.duk pikir anwart...anwart...anwart.mlm pertama dlm penjara la,skodeng fb laa...tilam,bantal dlm penjara laaa...mati esok org ucap shahadah...dia duk anwart100x alangkah berahim katak yg bebas sihat kat luar neh pun ada admin page KATANYA...inikan pulak.....
Quote pumpkingirl 16-2-2015 06:40 PM
Hehehe..ramai rindukan dia eh..dah ke dlm pun punya byk benang khusus utk anuar ibrahim nih.
Quote tongkatwaran75 16-2-2015 07:21 PM
Anwar mmg hebat...
Di matanya, US tanam peranti bole nmpk skrin komputer...
DI ujung2 jarinya terpsg abjad , nomor ghaib...
klu dia tuding jari telunjuk terpancar sinar laser yg bisa tembusi sel2...
Ditelinga lengkap sistem komunikasi canggih...
ada lg wahai macai2...
Quote tongkatwaran75 16-2-2015 07:21 PM
Bodo berdenyut punye macai be end..
Quote hzln 16-2-2015 07:27 PM
Edited by hzln at 16-2-2015 07:29 PM

tiap 3 4 jam skali bukak tred pasai nuart
betul2 nuart ni hantu jembalang punya spesis
dah kena kurung pun org masih meracau2 ketakutan
dari setinggi2 pendakwaraya cam sapie bedolah sampai le ke macai2 bawahan
hahhahahahha
Quote ~anya~ 16-2-2015 07:35 PM
Rajin sungguh macai2 menghapdet status dia ekk... jadinya benda2 yang ditulis tuh.... macai2 lah yang punya pandai... baru nak kata sweeeeeetnyerrrrrrrr ketum pabila terbaca status fb nya....
Quote uniq61 17-2-2015 11:21 AM
RAJA BOMOH YANG TAKUT SEBENARNYA....TAKUT ANWART KENA CEKIK DENGAN HANTURAYA..
Quote d'zeck 17-2-2015 11:23 AM
siapa2 yang ada password ketum
pun boleh merapu dalam fb dia

macai tukang update tu boleh jadi
izzah anak dia, boleh jadi jijah bini dia

boleh jadi juga rapuzi kaki
temberang dia
Quote MengkuduMasam 17-2-2015 11:37 AM
bengong...

yg official company twitter & FB segala... tuh igt company (read nama syarikat) tu ade tangan segala pi manage menatang tuh?
mesti laa ade macai yg buatkan...

ape ke bodoh piang nyer...
Quote uniq61 17-2-2015 02:22 PM
SO SELAMA INI BUKANLAH ANWAR YANG MANAGE MENATANG TU....TAK HEBAT LE ANWAR ROPANYA..?
Quote tengah_bosan 18-2-2015 09:26 AM
penjara malaysia pon ada twitter!! hebatt hahaha
Quote oni313 19-2-2015 12:02 AM
nak mulakan revolusi hanya kerna di KETUM ni ke?

not worth it at all...

nelson mandela yg 30 tahun duduk penjara takde pun tilam empuk segala bagai, elok je disanjung sbg hero...

ni tidak, si KETUM ni sakit belakang sikit je dah complaint macam2....

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.051138 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top