Kelajuan Civic Type R Mencecah 270km/J! Inilah mesej yang cuba disampaikan oleh Honda yang kini mengeluarkan Civic Type R generasi keempat dan didatangkan dengan sistem turbo buat kali pertamanya.
Civic Type R versi produksi bakal membuat kemunculan sulungnya di Geneva Motor Show pada bulan Mac 2015 ini. Kali ini Honda telah mengeluarkan beberapa gambar teaser yang menunjukkan sedikit rupa bentuk luaran dan dalaman versi produksi kereta tersebut. Kluster instrumen yang ditunjukkan di atas mengesahkan wujudnya butang +R yang memberikan kereta tersebut denyutan nadi sebuah kereta berkuasa tinggi.
Buat pertama kalinya pengeluaran Honda Civic Type R mempunyai garis merah di bawah 8,000 RPM memandangkan ianya bakal datang dengan enjin 2.0-liter turbo VTEC. Masih lagi tiada kata putus tentang berapa output kuasa kuda kereta tersebut, tetapi Honda telah mengesahkan versi produksi ini bakal hadir di antara 280HP sehingga 320HP. Walau bagaimanapun, dengan pengeluaran gambar teaser ini, Honda telah mengesahkan yang kereta ini mampu mencapai kelajuan sehingga 270km/j! Dengan peningkatan kuasa kuda pada kereta tersebut, model Civic Type R ini hadir dengan reka bentuk yang lebih aerodinamik bagi memberikan daya tujah (downforce) yang lebih baik bagi mengekalkan keseimbangan kereta tersebut di atas jalan raya. |
mybluegetz replied at 16-2-2015 08:16 AM
the power of dream
setelah sekian lama takde engin DOHC tambah turbo pulak
jengkoil replied at 16-2-2015 08:26 AM
Pedehal...maibi hibeam bleh cecah 270.5 m/j
jengkoil replied at 16-2-2015 08:26 AM
Pedehal...maibi hibeam bleh cecah 270.5 m/j
jengkoil replied at 16-2-2015 12:26 AM
Pedehal...maibi hibeam bleh cecah 270.5 m/j
mybluegetz replied at 16-2-2015 08:16 AM
the power of dream
setelah sekian lama takde engin DOHC tambah turbo pulak
scorpionkiki replied at 16-2-2015 08:35 AM
m\jam... meter per jam ker.
rammad25 replied at 16-2-2015 08:54 AM
bersangka baik.. miles/jam..
ADVERTISEMENT