ISTANBUL - Pemimpin pembangkang Syria berkata, pihaknya tidak akan menghadiri rundingan damai yang bakal diadakan di Geneva dan menggesa dunia bertindak bersama-sama menyelesaikan konflik di negara itu. Pemangku Presiden Gabungan Kebangsaan Syria (SNC), George Sabra berkata, pembangkang memerlukan bantuan tentera, bukan rundingan damai. “Sekarang bukan masanya untuk mengadakan persidangan antarabangsa,” katanya semalam. Beliau berkata, konflik berterusan di Syria boleh menjejaskan kestabilan rantau itu. Sabra berkata, pihaknya terdesak mahukan bantuan ketenteraan. Dalam paparan di Facebook semalam, pihaknya turut mendesak masyarakat antarabangsa bertindak segera dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Syria. Dalam perkembangan berlainan, SNC bakal mengadakan mesyuarat 12 Jun ini bagi memilih presiden baru.
|
azizulego posted on 9-6-2013 07:15 PM
Razhar, you nih Syiah ker?
Anyway korang semua tahu dak ape sebenarnyer yang berlaku kat Syiria? ...
azizulego posted on 9-6-2013 07:15 PM
Razhar, you nih Syiah ker?
Anyway korang semua tahu dak ape sebenarnyer yang berlaku kat Syiria? ...
ADVERTISEMENT