Lelaki kecewa tak mati setelah terjun dari Tingkat 4 Kecewa kerana kekasih hatinya bertunang dengan orang lain, seorang lelaki nekad terjun dari tingkat empat flat didiaminya di Blok 7, Taman Muhibbah, Batu Maung, Balik Pulau malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, lelaki berusia 27 tahun terbabit terselamat apabila dia tersangkut pada sengkuap (awning) rumah penghuni lain di tingkat satu sebelum jatuh ke atas jalan. Menurut sumber, dalam keadaan kepalanya berdarah, mangsa naik semula ke rumahnya di tingkat tiga, namun beberapa jiran yang melihat keadaannya yang agak parah menghubungi ambulans. “Sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Barat Daya membawa mangsa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dimasukkan ke wad kecemasan. “Mangsa mengalami koyakan di kepala selain kecederaan dalaman dan ditempatkan di zon kritikal, namun keadaannya kini dilaporkan semakin stabil,” katanya. Sumber berkata, polis turut menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan hasil keterangan daripada beberapa jiran mereka mendakwa mangsa tinggal seorang diri di rumah terbabit selepas bapanya meninggal dunia. “Selain itu, rakan baik lelaki itu turut memberitahu yang mangsa sejak kebelakangan ini kerap meluahkan rasa kecewa kerana teman wanitanya bertunang dengan lelaki lain. “Dia mungkin mengalami tekanan selepas ditinggalkan kekasih dan mengambil keputusan terjun dari tingkat empat flat terbabit, namun cubaannya membunuh diri gagal kerana tersangkut di bumbung tambahan penghuni lain di tingkat satu,” katanya. Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 309, Kanun Keseksaan dan polis masih menunggu untuk mengambil keterangan daripada mangsa kerana dia berada dalam keadaan separuh sedar.
|
p/s:ko mampu dekk terjun kepala berdarah pergi panjat lagi sekali untuk terjun?
kotakbaju replied at 12-2-2015 05:43 PM
Bunga yg lagi cantik banyak lagi laa. cari ja la lain.
ADVERTISEMENT