'Pernah tidur sekali, tak jadi apa-apa pun' Itulah perkataan yang terlintas dalam pemikiran penulis sewaktu tiba di kediaman rasmi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut malam tadi. Meskipun dimaklumkan bahawa keluarga Anwar dan penyokongnya berada di ibu pejabat PKR atau di Dewan Sivik MBPJ, gelap gelita dan kesunyian di kawasan sekeliling rumahnya membuatkan hati saya tidak selesa. Lantas saya mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan kakitangan rumahnya di pondok pengawal. Ditanya mengenai perasaan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang mensabitkan Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, lelaki itu menjawab ia tidak menjejaskan kerjanya. “Mestilah saya sedih, saya sudah 32 tahun kerja dengan dia (Anwar),” kata Abdullah Sani, 55, kepada Malaysiakini. "Pernah tidur sama-sama, tak ada apa-apa yang jadi. “Dan saya lebih kacak dari Saiful," kata bapa kepada tujuh anak itu dengan berseloroh. Beliau juga berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes itu, bukan pembantu Anwar tetapi hanya rakan kepada seorang lagi bekas pegawai Anwar. “Dia hanya rakan kepada bekas pegawai Anwar, Rahimi Osman. Dia ikut Rahimi ke mana-mana dan sentiasa ambil kesempatan untuk dilihat “merapati" dengan Anwar,” katanya.
|
8
Bagus |
11
Marah |
9
Terkejut |
7
Sedih |
6
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pittjie posted on 12-2-2015 12:19 PM
pikcer mana pikcer? cemana weols nak vote dia emsem ke sepol ke yg lagi emsem kalau takdak pikcer.
...
Ferr_Remy replied at 12-2-2015 12:39 PM
Macau umngok x tau org keliling anuart byk yg sado2 ensem2... xde pun nuart nk liwat. Macai ameno je ...
ADVERTISEMENT