'Cik Lang' Main Dekat Tong Sampah
Kembali lagi aku di forum ini, kali ini aku ingin berkongsi sedikit tentang jiran sebelah gerai aku. Aku ada membuat 'part time' niaga burger dekat Pulau Pinang area Ayer Hitam, waktu operasi dari jam 8 malam hingga 2 pagi. Memang lambat sedikit waktu operasi sebab rata-rata pelanggan aku ialah cina yang balik dari kelab-kelab malam. Kawasan itu memang sunyi dari 11 malam keatas. Kedai burger itu aku jaga seorang diri.
Kawasan kedai aku itu betul-betul bersebelahan dengan tong sampah besar. Dan memang kedai aku dikenali sebagai 'burger tong sampah' Lori sampah akan datang tukar tong sampah 2 kali sehari. Bau dia memang 'sempoi', tapi ada satu hari itu lori tak datang-datang dan ada satu bau yang sangat busuk macam bangkai lembu yang lama terbiar tepi jalan. Jadi aku buat macam biasa sahaja, makin lama makin kuat. Mulut ini pula mula kata yang bukan-bukan bila aku mula kemas dan tutup kedai aku waktu itu jam tepat 2.15 pagi, aku macam perasan macam ada benda tengah bertenggek dekat tong sampah itu. Pada mulanya aku ingatkan burung hantu, yang peliknya benda itu siap melambai-lambai aku, bila aku perhatikan rupanya 'langsuir'. Dan dia terus masuk kedalam tong sampah itu seolah-olah tengah makan sampah itu. Aku ambil plastik sampah aku lempar ke dalam tong itu pelahan-lahan, benda itu terus melayang-layang terbang macam kena tiup angin dan tersangkut dekat dahan pokok sebelah tong sampah itu. Boleh pula benda itu merengek-rengek macam suara budak menangis. Aku pun tunggalkan kedai aku macam itu sahaja, nasib sempat kunci tong gas. Esoknya orang-orang kawasan itu bagi tahu memang itu tempat dia. Pernah dia orang jumpa orang pengsan dekat situ dahulu sebab nampak benda itu atas kepala dia...sejak itu aku buka gerai sampai pukul 11.30 sahaja.
|
spiderman80 replied at 4-2-2015 12:50 AM
Kalau saya, dah pastinya saya akan masuk ke tong sampah tu tarik langsuir tu keluar. Tampar dia supa ...
spiderman80 replied at 4-2-2015 12:50 AM
Kalau saya, dah pastinya saya akan masuk ke tong sampah tu tarik langsuir tu keluar. Tampar dia supa ...
ADVERTISEMENT