Anak Kerak – Ilmu Hitam Bayi Dibunuh Sebelum Lahir
Orang yang beli anak kerak ini akan diberi syarat perjanjian oleh Tok Cha. Antaranya kena beri makan kepada anak kerak ini. Kalau tidak diberi makan maka akan mengamuklah anak kerak ini terhadap tuannya. Anak kerak yang paling "power" dan mahal biasanya dimiliki oleh Tok Bomoh. Mereka menggunakan beberapa "bodypart" (anggota/panca indera) janin yang telah ditapakan ini sebagai sihir untuk melihat jarak jauh dan mendengar jarak jauh. Contohnya bila mangsa yang disihir pergi berubat, maka Tok Bomoh boleh tahu dengan menggunakan "bodypart" seperti mata janin disihir ke mata si mangsa, jadi tok bomoh boleh melihat apa yang mangsa lihat, dan telinga janin juga digunakan untuk mendengar. Lebih kurang mcm "spycam".
Dua jenis yang hampir sama tapi tak serupa dan tugasnya berbeza. Toyol tugasnya mencuri duit manakala Anak Kerak tidak membuat kerja-kerja tersebut. Anak Kerak lebih pada kerja ala-ala "James Bond" dan berprofil tinggi. Anak kerak susah dikesan kerana kelicikkanya, hanya perawat yang benar-benar mengetahui punca, baru anak kerak ini akan muncul. Tanpa mengetahui punca, maka berulang-ulanglah perawat akan meruqyah pesakit dengan muka "blur". Manakala Toyol boleh dikesan dan dihalang dengan mudah dari menggangu si mangsa. Pesanan Sesungguhnya perbuatan ini adalah HARAM dan SYIRIK. Pembaca dilarang sama sekali mencuba, membeli atau membelanya kerana esok nak mati susah!!! Benda ini perlu DIWARISKAN dan menjadi SAKA. Jangan tersilap langkah.. Sekali silap sampai bila-bila anda akan menderita. Bahkan anak cucu yang tidak mengetahuinya juga bakal menderita. |
adnil replied at 28-1-2015 10:50 AM
kwn opis aku nih sorang katanya kena sihir... dia kenal dgn mamat nih, mamat nih dah jatuh chenta ag ...
Naurah_rik replied at 28-1-2015 03:33 PM
kesiannya kat membe ko tu .. ada jugak manusia perangai setan suka buat naya kat orang
adnil replied at 28-1-2015 03:06 PM
nak wat camner... sakit ati nyer pasal seme tolak tepi...
ADVERTISEMENT