CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Buang tabiat’ mandi-manda petanda ajal

10-6-2013 09:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2391| Komen: 6


Ramli memerhatikan Sharifah (tiga, kanan) menyiram air mawar di atas pusara Allahyarham Tajudin di Tanah Perkuburan Masjid Batu 38, semalam.


GUNUNG SEMANGGOL - Keterujaan mangsa runtuhan jambatan kedua Pulau Pinang, Tajudin Zainal Abidin,45, ‘membuang tabiat’  bermandi-manda bersama keluarga di Taman Belia, Pulau Pinang tidak disangka menjadi petanda beliau akan pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

Isteri mangsa, Sharifah Ramli, berkata, seminggu sebelum kejadian berlaku, arwah menunjukkan sikap luar biasa apabila begitu teruja ingin membawa dia dan anak-anak pergi bermandi-manda di Taman Belia, Pulau Pinang.

Menurutnya, sikap arwah itu dirasakan pelik memandangkan beliau merupakan seorang pendiam dan keterujaannya hendak pergi bermandi-manda pada mula dianggapnya sebagai ‘buang tabiat’.

“Arwah bukanlah seorang yang gemar bermandi-manda dan keterujaannya mengajak kami berkelah dan bermandi-manda adalah di luar jangkaan saya.

“Bagaimanapun, saya tidak menyangka kenangan perkelahan bersama arwah dan keluarga rupa-rupanya kenangan manis terakhir kami bersamanya.

“Saya pasrah dengan segala ketentuan Ilahi dan kami berdoa agar roh arwah dicucuri rahmat,”katanya sewaktu ditemui media di rumah bapanya di Kampung Perlis, Bukit Merah di sini dengan nada sebak.

Dalam pada itu,  suasana hiba menyelubungi keluarga mangsa di Kampung Perlis, Batu 38 Bukit Merah di sini apabila ratusan penduduk kampung termasuk ahli keluarga mangsa dari Kubang Kerian, Kelantan hadir  memberi penghormatan terakhir terhadap jenazah Allahyarham Tajudin sejak jam 12 tengah malam semalam.

Jenazah Tajudin Zainal Abidin, 45, yang ditemui mati di dalam runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang Batu Maung yang dalam pembinaan di sini, selamat  dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 39, Bukit Merah, sekitar jam 3 pagi semalam.

Sementara itu, bapa mertua mangsa, Ramli Taib 69, berkata, dia sempat beramah-mesra dengan arwah sewaktu menghantar isterinya pulang untuk mengundi pada pilihan raya umum lalu.

“Arwah sememangnya seorang menantu yang baik, namun sedikit pendiam dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak.

“Apa saja kemahuan anaknya sentiasa ditunaikan dan kami sekeluarga pasrah dengan pemergiannya,”

1

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pailang 9-6-2013 04:05 PM
Arwah baik orangnya




Quote tongkatwaran75 9-6-2013 04:07 PM
aku percaya setiap satu kejadianada tandanya...
salah ker?
Quote prettyuglybabe 10-6-2013 01:17 PM
tak habis-habis dengan tanda-tanda aneh
Quote kaknab 10-6-2013 01:32 PM
kadang2 perasan perangai pelik siarwah, kadang biasa ja perangai nya.. apa pun, hanya pesalah bunuh yg telah dijatuhi hukuman saja yg tahu tarikh matinya.
Quote atira 10-6-2013 01:40 PM
ni petanda kebodohan
Quote atira 10-6-2013 01:41 PM
semoga roh arwah dicucuri rahmat

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.047241 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top