CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Ayam Goreng Rm1, Kopi-O Rm0.50

12-2-2015 11:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12094| Komen: 36

RM2 Untuk Nasi Ayam, Pulut Ayam, Mi Goreng.


JITRA: Kedai Makan RM2, sesuai dengan namanya, menawarkan sepinggan nasi berlauk dan semangkuk mi pada harga tersebut.

Ia menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat yang menghargai saiz hidangan dan keenakannya walaupun ditawarkan pada harga rendah.
Pemilik gerai, Rohaya Md Desa, 44, berkata hidangan yang ditawarkan di gerainya seperi nasi goreng, nasi ayam, pulut ayam, bihun sup, laksa, mi goreng, mi rebus, maggi goreng and kue tiaw goreng, kesemuanya dijual dengan harga RM2 setiap satu.

Minuman digerai tersebut dijual pada harga RM1 manakala kopi-o dan teh-o panas boleh didapati pada harga 50 sen.

Rohaya yang membuka gerai di luar perkarangan rumahnya di Kampung Changhai, Jalan Sintok Lama di Changlun dekat sini pada Disember tahun lalu mengekalkan harga untuk makanan dan minuman sejak awal pembukaan gerai tersebut.

"Walaupun harga petrol pernah naik satu ketika dahulu, saya tidak menaikkan harga makanan.

"pendapatan saya sedikit berbanding yang lain tetapi perniagaan ini masih laku.
"Saya berpuas hati dengan apa yang saya perolehi dan menganggap ia sebagai berkat bahawa gerai saya sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat," katanya ketika ditemui di gerai tersebut pada Jumaat.

Rohaya berkata beliau masih dapat menawarkan makanan tersebut pada harga yang murah kerana mendapatkan bekalan sayur-sayuran, ikan dan ayam daripada pemborong.

Ibu kepada lima orang anak itu berkata, dengan menetapkan setiap hidangan makanan pada harga RM2, golongan miskin dan kurang berkemampuan boleh menikmati makanan di gerai tersebut.
"Saya pernah miskin juga semasa kegawatan ekonomi pada 1998 apabila perniagaan saya jatuh," katanya.

Beliau memperoleh keuntungan sebanyak RM2,000 sebulan.

Makanan kegemaran pelanggan adalah Ayam Goreng Changhai yang dijual hanya RM1.

Pemandu jengkaut, Lim Kim Sing, 60, berkata dia pada mulanya tidak percaya makanan ditawarkan pada harga RM2 sehingga dia sendiri berkunjung ke gerai tersebut.

"Walaupun ia murah dan berbaloi untuk wang anda, makanan di sini tidak kurang sedapnya berbanding dengan gerai lain yang menawarkan hidangan pada harga lebih tinggi," kata Lim.

Pekerja warga Indonesia, Lia Amalia, 28, berkata dia akan pergi ke gerai tersebut hampir setiap hari.

"Saiz hidangan yang disediakan berpatutan, rasanya juga sedap dan harga ditawarkan cukup murah," katanya.
Gerai Rohaya dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 11 malam setiap hari kecuali hari Rabu.



25

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
15

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ana_w_houb 12-2-2015 01:35 AM
camni la bagus.....jadi contoh makcik ni
Quote ice_sky92 12-2-2015 01:39 AM
Quote bazinga 12-2-2015 01:46 AM
Kalu sedap, mmg berbaloi
Quote shanshero 12-2-2015 01:48 AM
Untuk jangka panjang mungkin boleh tapi bagi peniaga pasar malam buat gini tolak abuk
Quote Felycya 12-2-2015 02:56 AM
hmm.. nape la aku x jiran ngan macik ni.
Quote Al-Patih 12-2-2015 05:27 AM
akak tu bukak kodai luar perkarangan rumahnya ....memang bulih...tak adoh kos tambahan perniagaan....kalu doket klompur......jangan mimpi.....
Quote matahari7001 12-2-2015 06:57 AM
kat luar kl boley la jumpe kedai camni huhu
Quote yipun_78 12-2-2015 07:13 AM


sapa pernah gi merasa kat kedai ni? review sket..
Quote yipun_78 12-2-2015 07:14 AM
Al-Patih replied at 12-2-2015 05:27 AM
akak tu bukak kodai luar perkarangan rumahnya ....memang bulih...tak adoh kos tambahan perniagaan... ...



harap x kena roboh bila kakak ni dah pemes sbb artikel ni kan
Quote denuanza 12-2-2015 07:32 AM
bestnya kalo kat kafe opis aku dpt rega cam ni
tp haruslah akur bila sekali mkn RM7 tanpa air...
sewa mahai kot
Quote zjen 12-2-2015 07:38 AM
bisnes gerai camni mmg sesuai utk melayu,   kalu nak sewa kedai buat bisnes elok pikir panjang dulu,   ramai yg x jadi  

di masa depan harap lebih ramai yg berjawa dgn cara bisnes online,  x payah sewa gerai,  makanan boleh buat kat rumah pastu hantar ke customer
Quote Kangkung1M 12-2-2015 07:55 AM
Edited by Kangkung1M at 11-2-2015 08:02 PM
Beliau memperoleh keuntungan sebanyak RM2,000 sebulan.

aku rasa artikel ni x tepat...coz dlm s'khabar tulis sehari hasil jualan dia cecah RM1k, so takkan untung RM2k jer sbln

harap beliau ada lesen utk jlnkan perniagaan kedai mkn di rumah, coz lps tersiar artikel ni pasti beberapa individu beruniform akan 'melawat' premis beliau

Quote ultra78 12-2-2015 07:59 AM
Kangkung1M replied at 12-2-2015 07:55 AM
Aku rasa artikel ni x tepat...coz dlm s'khabar tulis pendapatan sehari dia cecah RM1k, so takkan ...

Mungkin revenue RM1k sehari tapi profit hanya RM2k sebulan.
Quote EJALTI 12-2-2015 07:59 AM
Moga terus dimurahkan rezki okehhhhh....
Quote iniaroonz 12-2-2015 08:07 AM
sangat ikhlas makcik ni berniaga...semoga dimurahkan rezeki...aminnn....jgnla pulak ada yg dengki kat dia....pi saman ke sebab takde lesen...
Quote pehbedah 12-2-2015 08:11 AM
tahun 90an aku bertugas kat satu tempat ni..tepi laut..ada makcik lakibini jual makan tengahari 2 hengget gak..niaga bawah pokok..tiap hari kecuali jemaat tutup..kalo ambik ikan tak bleh amik ayam...jng tamak amik dua2.sayur pun cenggitu..satu jenis saja ambik..ada kuah jugak.....air ko boleh minum sampai kembong..teh o..sirap..oren.....murah bangget...dengan 2 hengget ..nasi melimpah..ikan/ayam..sayur..kuah air..semoga makcik ini dimurahkan rezeki melimpah2...
Quote cyberjaye 12-2-2015 10:49 AM
Al-Patih replied at 12-2-2015 05:27 AM
akak tu bukak kodai luar perkarangan rumahnya ....memang bulih...tak adoh kos tambahan perniagaan... ...



kodai luar sekarang pun jual mee dgn harga RM3.50 ke atas
Quote cyberjaye 12-2-2015 11:00 AM
yipun_78 replied at 12-2-2015 07:14 AM
harap x kena roboh bila kakak ni dah pemes sbb artikel ni kan

kena roboh oleh bapa kedai makanan 1mesia?
Quote scorpionkiki 12-2-2015 11:23 AM
Kangkung1M replied at 12-2-2015 07:55 AM
aku rasa artikel ni x tepat...coz dlm s'khabar tulis sehari hasil jualan dia cecah RM1k, so takkan ...

Don't think so sbb yg uniform pun pi makan situ....

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.112098 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top