CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Diminta Berjimat Dan Menabung Ketika Ron95 Murah

10-2-2015 04:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5301| Komen: 21

Rakyat Diminta Berjimat Dan Menabung Ketika Ron95 Murah


KUALA TERENGGANU - Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) menyuarakan kebimbangan dengan trend golongan belia masa kini yang cenderung menukar minyak kenderaan mereka daripada RON95 kepada RON97 berikutan penurunan harga petrol dan diesel, baru-baru ini.
   
Pengerusinya, Zaidi Muda berkata, golongan belia di negeri ini perlu meneruskan perbelanjaan berhemah hasil penjimatan yang diperoleh ekoran penurunan harga bahan bakar itu.
   
"Saya menasihatkan belia jangan boros berbelanja, sudah pasti sekarang kita mempunyai sedikit wang lebihan daripada penurunan harga minyak dan diharap wang lebihan itu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk perbelanjaan lebih berfaedah.
   
"Kita tidak boleh mengharapkan harga ini akan kekal...kalau ia turun lagi, kita sebagai pengguna mengucapkan syukur walaupun di pihak kerajaan, ia akan bertambah suram kerana pendapatan negara terus berkurangan," katanya kepada Bernama hari ini.
   
Beliau berkata wang lebihan tersebut perlu dibuat tabungan sebagai persediaan menghadapi kenaikan harga minyak pada masa akan datang.

Katanya selagi harga minyak dunia tidak berganjak di bawah paras US$60 setong, maka rakyat boleh mengharapkan harga runcit petrol di stesen minyak tempatan diturunkan lagi pada setiap 1 haribulan, berikutan penetapan harga runcit RON95 dan diesel dilakukan mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember lepas.
   
"Namun, saya bimbang apabila harga minyak kembali stabil nanti, takut-takut kita terutamanya warga belia tidak boleh menerima hakikat kenaikan harga ini.
   
"Dikhuatiri ramai daripada kita akan mula menghentam kerajaan dengan pelbagai tuduhan yang amat dahsyat, oleh itu kita perlu belajar menerima hakikat dari sekarang dan berjimat-cermat sementara harga masih murah sekarang," katanya.
   
Pasaran minyak mula diturunkan sejak September tahun lepas berikutan kejatuhan harga minyak dunia dan sejak itu sudah tiga kali harganya menurun.
   
Kali terakhir pada 1 Februari lepas dengan harganya terus turun iaitu RON95 kini RM1.70 seliter, RON97 RM2 seliter dan diesel RM1.70 seliter. 

13

Bagus
12

Marah
4

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 9-2-2015 06:15 PM
Minyak saje yang turun, barang lain tak turun juga, macamana nak menabung??
Quote dragger 9-2-2015 06:19 PM
selaraskan la.. supaya harga barang gak turun.. baru la org bole menabung cam kak rose


hmmmm
Quote jazaa 9-2-2015 06:29 PM
Dpt lah isi minysk full tank dgn rm60.....

Tapi brg lain mahal.....melalak lah rakyat mintk turunkn harga brg, blm sempat turun nantii minyak dah naik balik....
Quote cayunk 9-2-2015 06:32 PM
Minyak turun...rege tambang van skola ank2 naik gak...:
Quote hanakikan 9-2-2015 06:37 PM
Syukur saga aeroback aku dpt merasa minum ron97
Quote airfilterkotor 9-2-2015 06:38 PM
Sesambil tegur rakyat tu, tolong-tolong tegur sekali menteri-menteri kerusi empuk tu sekali.
Quote AbukRokok 9-2-2015 06:42 PM
cayunk replied at 9-2-2015 06:32 PM
Minyak turun...rege tambang van skola ank2 naik gak...:

harga minyak sebenarnya xde kesan yang besar pada kos operasi kita

-kulop mangan-
persatuan  bas sekolah -

Quote AbukRokok 9-2-2015 06:43 PM
xde beza sgt pun guna 97 dgn 95...cuma 97 terasa lebih pikap
Quote sub5zero 9-2-2015 07:00 PM
Pasni RON95 naik 20 sen hrga brg akn twtap naik 50 sen begitu la seterusnya
Quote EJALTI 9-2-2015 08:29 PM
Buhsan dgn government skang

Government lak habiskan duit dgn project bodoh2 macam 1MDB, AES, brim brom brum...

Nyampaahhhhhh
Quote helmiex 9-2-2015 08:42 PM
harga Minyak naik semua barang naik, Harga minyak turun tak ada satu barang pun harga turun aizzz








Quote cayunk 9-2-2015 08:53 PM
AbukRokok replied at 9-2-2015 06:42 PM
harga minyak sebenarnya xde kesan yang besar pada kos operasi kita

-kulop mangan-

Kulop sungguh..
Chaittt...
Quote ninja boy 9-2-2015 09:02 PM
dah 2 kali petrol isi tertumpah2, ai lupa pula petrol turun.
Quote boyagombak 9-2-2015 09:44 PM
AbukRokok replied at 9-2-2015 06:43 PM
xde beza sgt pun guna 97 dgn 95...cuma 97 terasa lebih pikap

Macamana rasa ron 95 dgn ron 97. Mana lebeh sedap dan sesowai buat ronteh tarik kaw.
Mohammed Mydin, Ganja Nasi Kander Yipoh
Quote revolusi_30 9-2-2015 09:46 PM
dragger replied at 9-2-2015 06:19 PM
selaraskan la.. supaya harga barang gak turun.. baru la org bole menabung cam kak rose

Selaras tu bukan naik ke sis maksudnyan...pelarasan
Quote estrelle 9-2-2015 10:37 PM
sukahati org la nak isi ron97 pon..dah mmg ron95 minyak xda kualiti..bagi la can nak merasa jd org kaya jap..
Quote razhar 9-2-2015 11:10 PM
jazaa replied at 9-2-2015 06:29 PM
Dpt lah isi minysk full tank dgn rm60.....

Tapi brg lain mahal.....melalak lah rakyat mintk turun ...

aikkk fees yang lava bayo utk provide security kat CC tada cukop kaaa...ang joli kot...
Quote zvicmorrow 9-2-2015 11:14 PM
mungkin dah ada yg menabung buat stok minyak petrol kat rumah~~ harap-harap tak de lah lepas ni..ada rumah yg meletup angkara minyak petrol
Quote Acong 9-2-2015 11:15 PM
beli tong byk2 simpan RON97?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.042758 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top