Akibat salah parking, kereta Viva ini jadi mangsa
Sebuah kereta jenis Produa Viva telah menjadi mangsa kemarahan orang ramai apabila tuanpunya kenderaan terbabit bertindak meletakkannya sesuka hati di sebuah kawasan parking. Kereta tersebut seterusnya dilekatkan dengan beberapa keping kertas yang bertulis ayat-ayat yang kurang enak didengar. Pemilik Perodua Viva berwarna merah dengan nombor pendaftaran JKG 7440 tersebut bersikap pentingkan diri sendiri apabila meletakkan keretanya sesuka hati sehingga menghalang kereta lain untuk keluar. Difahamkan ini bukan kali pertama beliau melakukan perkara sedemikian dan seringkali mengulangi perbuatannya walaupun ramai pihak yang telah memberikan amaran. Kali ini mungkin hanya kertas dilekatkan di kereta beliau, tetapi siapa tahu apa yang akan terjadi jika pemilik kereta berkenaan masih enggan mengubah sikapnya. |
ADVERTISEMENT